Lebih 4.49 juta terima suntikan vaksin

SERI KEMBANGAN – Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) Covid-19, berkata jumlah suntikan harian vaksin negara pada 13 Jun ialah 128,912.

 

 “Ia menyaksikan penurunan tiga hari berturut-turut selepas mencapai sasaran 150,000 suntikan harian pada 8 Jun lalu.”

 

Menurut JKJAV, jumlah suntikan harian itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin seluruh negara setakat ini ialah 4.49 juta.

 

Pemberian harian dos pertama pada 13 Jun ialah sebanyak 102,208.

 

Manakala, jumlah harian melibatkan individu yang telah menerima dos kedua iaitu sebanyak 26,704, sebagaimana dilaporkan JKJAV menerusi infografik di Twitternya.

 

Jumlah kumulatif penerima vaksin dos pertama setakat 13 Jun ialah 3.13 juta, manakala dos kedua ialah 1.35 juta.

 

Negeri yang paling tinggi jumlah pemberian vaksin Covid-19 ialah Kuala Lumpur dengan lebih 552,000 orang.

 

Ini diikuti Selangor dengan lebih 462,000 dan Sarawak dengan jumlah lebih 324,000 yang telah divaksinasi.

 

Sementara itu, jumlah pendaftaran vaksin setakat 13 Jun ialah 13.78 juta atau 56.80 peratus dengan Selangor mencatatkan pendaftaran tertinggi 3.5 juta.

 

Dalam perkembangan berkaitan, lebih 2.34 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga Sabtu.

 

Data ini menunjukkan pertambahan puluhan juta dos berbanding hari sebelumnya menurut data Johns Hopkins University, yang mana China mendahului dengan 878,523,000 dos vaksin yang sudah didaftarkan.

 

Seterusnya, Amerika Syarikat sebanyak 308,940,930 dos dan India dengan 253,195,048 dos vaksin.

 

Negara lain yang mencatat jumlah pemberian vaksin melebihi 70 juta dos adalah United Kingdom dan Brazil, manakala Jerman mendaftarkan 60 juta dos, Perancis 44 juta dan Itali 42 juta.

 

Di Asia Tenggara, Indonesia terus mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 31,603,325, jauh meninggalkan negara lain.

 

Filipina berada di kedudukan kedua dengan 6,314,548 dos didaftarkan, diikuti Thailand dengan 5,975,070 dos, Singapura, 4,392,067 dos dan Malaysia, 4,227,554 dos.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia