Lawatan ukhuwah ke Islamic Outreach ABIM, bina ruang kerjasama

Seramai18 orang ahli IKRAM menyertai lawatan ini yang terdiri daripada YDP IKRAM Shah Alam, Hj Norazmi Mat Noh, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah IKRAM Daerah, Hj Morhalim Osman, AJK Dakwah serta Ketua Wanita IKRAM Daerah, Dr Maznah Ahmad dan AJK Wanita IKRAM.

Lawatan bermula dengan memperkenalkan Unit MTG yang telah menyantuni kira-kira 14,000 orang pelancong luar negara dari Jepun, China, Brazil, Eropah dan Amerika Selatan yang telah melawat masjid tersebut. Para pelancong dipakaikan jubah ungu dan dibawa oleh ahli-ahli MTG ke sekeliling masjid.

Mereka juga diperkenalkan dengan kiblat umat Islam dan dimaklumkan bahawa semua Muslim hanya menyembah ke arah yang satu sahaja. Jika ada yang ingin mengetahui lebih lanjut, maka mereka akan diberikan dengan al-Quran terjemahan. Ada juga yang masuk Islam hanya kerana kagum dengan ribuan Muslim yang boleh menyusun saf kurang daripada 30 saat.

Lawatan di lapangan, sesi perkenalan dan perbincangan

Perjumpaan tersebut disusuli dengan sesi perkenalan antara IKRAM Shah Alam oleh Setiausaha MTG, Hj Khalid bersama 12 orang ahli IAO diikuti dengan persembahan video korporat MTG.

Antara ruang kerjasama yang dibincangkan adalah mempelawa IKRAM Shah Alam untuk membawa masyarakat India dan Cina belum Islam untuk melawat masjid tersebut dan membawa pelancong ke makan malam perdana untuk memperkenalkan Islam kepada mereka. Selain itu, MTG juga sedang mengaktifkan kembalikan ‘Hospital Visit’ sebagai salah satu pendekatan dakwah kepada masyarakat belum Islam.

Semoga hubungan dan kerjasama ini memberi impak lebih besar terhadap dakwah kepada masyarakat belum Islam, insyaa-Allah.

Sumber: FB IKRAM Shah Alam

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia