Lawatan muhibbah usaha integrasi antara kaum

“Program ini diadakan bagi memupuk semangat perpaduan dan meningkatkan pengenalan antara agama serta budaya masing-masing,” ujar wakil IKRAM Melaka. 

Lawatan selama empat jam telah diadakan di Masjid Kampung Kling, Kuil Sri Poyyatha Vinayagar Moorthi, Tokong Cheng Hoon Teng dan Malacca Story Hall, Persatuan Hakka Melaka.

    

“Program bermula pada 8.30 pagi dengan berhimpun di tempat letak kereta Masjid Kampung Hulu dan sekitar 30 orang telah turut sama menyertai program tersebut.”

Program ini menurutnya, merupakan satu titik permulaan bagi semua kaum di Malaysia mengenali kebudayaan dan agama masing-masing serta mewujudkan integrasi dan seterusnya membentuk satu bangsa Malaysia yang harmoni.

“Dengan aktiviti silang budaya seperti ini, ia akan dapat memupuk semangat muafakat dan perpaduan di antara kita,” jelasnya.

Turut menyertai lawatan adalah YDP IKRAM Melaka, Hj Mohd Rosli Adam bersama beberapa Ahli JK Negeri dan aktivis IKRAM.

Lagi foto lawatan: http://bit.ly/2d5LnuT

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia