Lawatan ke Petrosains ceriakan 50 anak yatim Rohingya

Kegembiraan jelas terpancar di wajah anak-anak ini yang pertama kali berpeluang menerokai dan bermain dengan permainan yang berkonsepkan sains dan alam sekitar di galeri ini.

Pengurus Kanan MyCARE, Roha Hassan berkata, lawatan selama tiga jam itu merupakan antara inisiatif pihaknya meraikan anak yatim yang ditaja di bawah program Penajaan Anak Yatim MyCARE.

“Ia merupakan satu daripada enam program yang dirancang untuk bulan ini yang mana hari ini kita bawa mereka meneroka alam sains supaya mereka juga merasai peluang dan nikmat yang dirasai anak-anak lain sebaya dengan mereka.”

   

Antara program-program lain yang akan dilaksanakan sepanjang bulan Mac ini sebagai Bulan Anak Yatim ialah Ziarah Anak Yatim di Filipina, Warkah Buat Anakku, dan program bersama penaja di Johor dan Sibu, Sarawak.

Tambah beliau, terdapat 13 madrasah anak yatim Rohingya di sekitar Selangor, Kedah dan Kelantan terlibat dalam program penajaan tersebut.

“MyCARE akan meneruskan usaha-usaha kemanusiaan kami di bawah konsep rahmatan lil ‘alamin tanpa mengira negara, agama, bangsa dan warna kulit,” ujarnya.

MyCARE juga sangat menghargai sumbangan orang ramai yang telah menaja 50 keping tiket untuk anak-anak yatim ini.

   

Tidak lupa juga sekalung penghargaan kepada penaja-penaja korporat yang memberikan sumbangan makanan, cenderahati dan lain-lain antaranya Petrosains, TNB Energy Services Sdn Bhd (TNBES), KFC, BoBoiBoy Studio Animonsta, Kumpulan Media Karangkraf, Aki47, Ukhuwwah Corner, Restoran Selera Bonda dan Restoran Bakso Koplo.

Turut dihargai, 20 para sukarelawan yang bertungkus-lumus dan mengerah tenaga menjaga anak-anak yang aktif ini dengan menjadi ‘ibu bapa, abang dan kakak’ sementara buat anak-anak yatim ini.

Tema #Orange4Orphan sepanjang bulan ini adalah memberi peluang kepada orang ramai untuk memberikan sumbangan kepada anak-anak yatim ini dengan serendah RM20 sahaja.

Program Penajaan Anak Yatim MyCARE telah menaja kira-kira 2,500 anak yatim dari Myanmar, Palestin, Syria dan Filipina dengan dana tajaan lebih RM2 juta setahun.

Justeru, jangan lepaskan peluang untuk turut serta menjayakan kempen Bulan Anak Yatim MyCARE agar dapat kita sama-sama membantu anak-anak yatim ini. Salurkan sumbangan anda melalui mana-mana akaun Humanitarian Care Malaysia Berhad berikut:

Maybank Islamic: 5515 7500 4299
Bank Islam: 1209 2010 0349 04
CIMB: 8602 135 592
JomPay: Biller code- 6197

Hantarkan bukti pembayaran kepada MyCARE melalui e-mel [email protected] atau Whatsapp: 013-37444760. Untuk maklumat lanjut, hubungi Pn Raimi Sayuti atau Pn Norlela Hussin: 03-89412341 / 013-7444760.

Sumber: MyCARE

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia