Lawak rogol: Lindungi wanita, bukan menghina

“Tambah menyedihkan lagi apabila tindakan berani pelajar perempuan ini kemudiannya menyebabkan beliau menerima ugutan rogol daripada seorang pelajar lelaki,” kata Ketua Wanita IKRAM, Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh.

 

Tambahnya, hal ini tambah membimbangkan dengan reaksi berbelah bahagi daripada netizen di mana ada yang mempertahankan tindakan guru lelaki berkenaan dan ada yang mengecam pelajar perempuan tersebut dan suasana terus diburukkan lagi dengan tindakan tidak acuh oleh pihak berkuasa mengenai aduan ini.

 

Soalnya, adakah masyarakat memang tidak tahu bahawa apa yang berlaku ini adalah gangguan seksual terhadap pelajar perempuan tersebut? Bagaimana agaknya perasaan mereka sekiranya semuanya ini berlaku kepada anak atau saudara perempuan mereka?

 

“Tidak kira siapa pun mereka, tiada seorang wanita pun yang boleh dilemparkan dengan kata-kata jijik dan menakutkan seperti ugutan rogol dan kecaman sebegini.”

 

Jelasnya, kaum lelaki seharusnya bertindak sebagai pelindung wanita dan kelebihan fizikal yang ada pada kaum lelaki bukan untuk menakutkan atau membahayakan wanita malah adalah untuk melindungi dan memastikan keselamatan mereka.

 

“Dalam hal ini, tindakan bapa pelajar perempuan tersebut membuat laporan kepada pihak polis adalah sesuatu yang patut dicontohi dan seharusnya diberi sokongan padu oleh semua pihak.”

 

“Sikap bertanggungjawab sebegini tidak seharusnya diperlekehkan oleh mana-mana pihak,” tegasnya.

 

Kata beliau, Wanita IKRAM menggesa agar beberapa langkah perlu dilakukan bagi menanganinya iaitu pihak berkuasa iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Polis Diraja Malaysia segera menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya mengenai isu ini.

 

Selain itu, Rang Undang-undang Gangguan Seksual perlu segera diluluskan di parlimen, dan pejabat-pejabat kerajaan dan syarikat swasta termasuk institusi pengajian tinggi dan sekolah mewujudkan jawatankuasa menangani gangguan seksual di tempat mereka bagi memastikan suasana tempat kerja dan belajar yang sejahtera bagi staf dan pelajar.

 

Selain itu, ahli masyarakat perlu terus diberi pendedahan dan didikan tentang isu gangguan seksual agar mereka tidak terlibat dan memandang mudah isu sebegini, dan umat Islam benar-benar menjiwai suasana Ramadan dan mengubah sikap yang buruk serta beramal dengan sifat-sifat yang terpuji agar kita menjadi umat yang berjaya.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia