SPM 2023: 128 Pelajar Sekolah Musleh Sertai LKD15

SERI KEMBANGAN – Latihan Kader Du’at (LKD) kali ke-15 yang berlangsung selama tiga minggu telah melabuhkan tirai dengan penyertaan tertinggi iaitu seramai 128 orang pelajar lepasan SPM sekolah-sekolah menengah rangkaian Musleh.

Menariknya, program tahunan yang berlangsung pada 20 April hingga 8 Mei ini diadakan di tiga tempat berasingan iaitu Hulu Langat (Impian Rimba Resort), Medan (Indonesia) dan Bangi (Bangi Guest House).

Menurut Penasihat Kader Du’at Musleh (KDM), Dayang Norhayani Amir, LKD merupakan program bersifat dalaman yang bertujuan untuk menyediakan pemuda-pemudi yang memahami waqi’ (realiti) dan manhaj dakwah sekali gus mampu berperanan dan bergerak aktif di IPT.

Selain itu, ia diadakan bagi memberi kefahaman yang boleh membuahkan tingkah laku yang dihasratkan melalui pelbagai pengisian berbentuk ilmiah serta pengenalan kepada wadah dan relung-relung dakwah.

Program yang merangkumi aktiviti dalaman dan luaran ini turut menguji para peserta dari sudut mental dan fizikal serta keluar daripada zon selesa untuk menumbuhkan nilai empati dan simpati terhadap masyarakat.

Antara aktiviti-aktiviti yang menarik ialah Explorace, perkongsian fikrah dan dakwah, soft skills, amanat Presiden IKRAM, aktiviti lasak dan kebajikan di Medan, tip kesihatan mental, media sosial dan banyak lagi.

“Penganjur mengambil pendekatan sedikit berbeza dalam susunan pengisian untuk para peserta tahun ini berbanding tahun-tahun lalu dan berharap agar jiwa-jiwa yang telah mengikuti perjalanan program ini secara langsung mahupun tidak, mampu berusaha menyumbang kembali melalui amal-amal bakti yang baik dan berterusan,” jelas Dayang Norhayani.

Tambah beliau, kata-kata keramat “We are preachers, not judges” (Nahnu du’ah, la qudhah) menjadi pegangan atau slogan yang saban tahun digunakan untuk membentuk karakter da’i yang memahami tugasnya.

LKD merupakan program tahunan yang telah dirangka oleh Bahagian Tarbiah Musleh dan dikelolakan oleh KDM yang bertindak sebagai agensi di bawah IKRAM Muda dengan kerjasama seluruh sekolah-sekolah menengah rangkaian Musleh untuk mengisi keperluan tarbiah para pelajar lepasan SPM.

Sebanyak 12 daripada 19 buah sekolah menengah Musleh yang terlibat iaitu SMI Hira’, Maahad Tahfiz As-Saidiyyah, SMI Al-Amin Kemaman, SMI Al-Amin Bangi, SMI Aman, SMI Al-Ikram, SMI Hidayah, SMI Al-Islah, SMI Al-Hidayah, SMI Al-Amin Gombak, SM Al-Azhar dan Sekolah Menengah Agama Riyadatul A’mal (Usahawan Al-Amin).

Sekalung penghargaan dan tahniah kepada semua peserta dan seluruh jawatankuasa penganjur termasuk fasilitator yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan LKD kali ini.

Sumber: Musleh | LKD

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia