Laksana Upah Wajar, Tingkatkan Kemahiran Pekerja

Menjelang Hari Pekerja, kami ingin menarik perhatian para penggubal dasar, majikan dan pemegang taruh yang lain kepada kesukaran yang dihadapi oleh para pekerja di Malaysia yang berpendapatan lebih rendah daripada gaji minimum yang diperlukan untuk hidup dengan selesa.

Pertama, kami percaya tindakan serius perlu diambil untuk menangani isu jurang pendapatan dengan berfokuskan kepada hal pekerja berkemahiran rendah, termasuklah mereka yang bekerja dalam ekonomi gig.

Walaupun Malaysia telah melaksanakan gaji minima RM1500 sebulan (seperti mana termaktub dalam Perintah Gaji Minimum 2022), amaun ini masih rendah jika dibandingkan dengan kos sara hidup dalam negara.

Kami menyarankan kerajaan untuk membangunkan pelan bagi melaksanakan upah wajar yang mengambil kira kos sara hidup mengikut negeri, saiz rumah tangga dan penentu-penentu lain.

Upah wajar ini akan memastikan taraf hidup yang selesa bagi semua rakyat Malaysia, yang mana ini akan menyumbang kepada kesejahteraan secara umum.

Analisis nisbah gaji kepada produktiviti oleh Bank Negara menunjukkan bahawa para pekerja di Malaysia dibayar lebih rendah berbanding mereka di negara-negara piawaian, meskipun tahap produktivi yang berbeza telah diambil kira.

Ini menandakan ketempangan taraf gaji-produktiviti Malaysia sekarang. Negara-negara yang dirujuk dalam analisis tersebut adalah Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Jerman dan Singapura.

Kedua, terdapat keperluan mendesak untuk menggiatkan usaha dalam peningkatan kemahiran (upskilling) dan pemahiran semula (re-skilling) para pekerja berkemahiran rendah agar mereka mampu menambah pendapatan dan meningkatkan taraf hidup mereka.

Ini bukan sahaja penting sebagai usaha pemulihan dalam fasa pascapandemik, tetapi juga dalam menangani kemiskinan dan jurang pendapatan pada jangka sederhana dan panjang. Susulan itu, tahap produktiviti juga akan meningkat.

Kami yakin kedua-dua saranan ini merupakan tindakan bernas dalam meningkatkan daya tahan dan akan menyumbang kepada pembangunan yang inklusif dan saksama bagi Malaysia Madani yang berdasarkan sifat kemanusiaan dan rahmah.

Mohammad Abdul Hamid
Ketua Kluster Kemakmuran Ekonomi
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Artikel versi Inggeris: Adopt living wages and upskill workers

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia