IKRAM lancar lagu tema ‘Keluarga Utuh’

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah melancarkan lagu tema ‘Keluarga Utuh’ pada Selasa sempena Sambutan Bulan Keluarga 2021.

 

“Lagu ini bertujuan menyemarakkan lagi kasih sayang dan keharmonian antara ahli-ahli keluarga bagi mencapai keutuhan,” kata Pengarah Sambutan, Hj Nahar Md Nor.

 

Video muzik lagu kekeluargaan terbitan IKRAM dengan kerjasama SampaiJadi Records (SJR) ini boleh disaksikan di saluran YouTube TV IKRAM melalui pautan https://youtu.be/qfixY832uUA

 

“Ini merupakan lagu kedua IKRAM yang diterbitkan bersama SJR,” tambah Nahar yang juga Ketua Kumpulan Fokus Institusi Keluarga Utuh di bawah Pasukan Petugas Masyarakat Progresif IKRAM.

 

Lagu pertama ialah ‘Selamanya Malaysia’ sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2021 pada 15 Ogos 2021 hingga 16 September 2021. 

 

Lagu ‘Keluarga Utuh’ nyanyian Afdhal Thuairi dicipta oleh Rauf D, yang turut menyumbang lirik bersama Nahar dan Zarina Azhari.

 

Menurut Nahar, selain lagu, pelbagai aktiviti yang telah dan sedang dilaksanakan oleh IKRAM sempena Sambutan Bulan Keluarga 2021 yang bertemakan ‘Keluarga Utuh Kekuatan Negara’.

 

Antaranya ialah konvensyen keluarga utuh, webinar, filem pendek, kuiz, pertandingan video pendek, artikel dan poster-poster bertema kekeluargaan, di samping aktiviti-aktiviti kekeluargaan di peringkat IKRAM negeri dan institusinya.

 

“Saya menjemput semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa agar bersama-sama menjayakan Sambutan Bulan Keluarga sepanjang November ini,” kata beliau.

 

Katanya lagi, sambutan ini selari dengan sambutan Bulan Keluarga Malaysia yang sedang dilaksanakan kerajaan pada bulan ini.\

 

IKRAM dijangka akan mengadakan majlis penutup Sambutan Bulan Keluarga pada Rabu, 1 Disember ini.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia