Kuota Minyak Masak Bersubsidi Mencukupi

Kuota Minyak Masak Bersubsidi Mencukupi | IKRAM

BENTONG – Kuota minyak masak bersubsidi yang diperuntukkan sebanyak 55,000 tan metrik sebulan atau 660,000 tan metrik setahun mencukupi setakat ini, kata Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng.

Bagaimanapun, beliau berkata, terdapat aduan yang diterima mengenai kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi dan pihaknya akan memanjangkan isu berkenaan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tindakan lanjut.

“Sebelum ini tak ada isu pun, cuma musim-musim tertentu seperti baru-baru ini dikatakan tidak cukup… kita kena lihat mengapa perkara ini berlaku… kerana dalam jumlah diperuntukkan memang cukup, tetapi apabila turun padang ke lapangan tak cukup minyak masak.”

“Kita tahu peruntukan itu setakat ini tak jadi isu sebab untuk B40 minyak RM2.50 (sekilogram) itu tetap kita buat subsidi, tak ada kekurangan. Bagi pandangan saya, kalau benar tak cukup (bekalan minyak masak) boleh tambah kuota,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Jelajah Agrikomoditi #KeluargaMalaysia anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan mengerahkan pihak penguat kuasa untuk menggempur dari peringkat kilang pembungkusan hingga ke sempadan negara bagi memastikan tidak berlaku sebarang penyelewengan minyak masak paket bersubsidi, kata Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya operasi akan dilaksana KPDNHEP, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu bertujuan memastikan peruntukan subsidi minyak masak RM4 bilion tahun ini untuk mengurangkan beban Keluarga Malaysia tidak tiris dalam setiap peringkat rantaian serta sampai kepada pengguna.

“Tindakan tegas termasuk membatalkan kuota dan lesen yang telah diberikan kepada pengilang dan pembungkus akan diambil dalam usaha menangani ketirisan pengedaran minyak masak bersubsidi.”

“Kerajaan akan melaksanakan operasi pengauditan dan pemutihan secara komprehensif, meliputi 22 pengeluar dan 305 premis pembungkusan semula minyak masak paket yang beroperasi di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, perangkaan semasa menunjukkan edaran minyak masak paket bersubsidi di dalam negara berjumlah 60,000 tan metrik sebulan adalah melebihi daripada penggunaan isi rumah dalam negara.

Pada 22 Jun lepas, Perdana Menteri mengumumkan kerajaan mengekalkan subsidi minyak yang telah bermula sejak Jun 2007 bagi minyak masak paket berharga RM2.50 satu kilogram untuk kegunaan Keluarga Malaysia golongan B40, berbanding harga pasaran sebenar iaitu RM9.00.

Sumber: Bernama

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia