Kuota Jemaah Haji 2023 Kembali Kepada Asal

Kuota Jemaah Haji 2023 Kembali Kepada Asal | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Kuota asal jemaah haji dari Malaysia pada tahun ini kembali kepada yang asal iaitu 31,600.

Keputusan itu dibuat hasil kata sepakat yang dipersetujui antara Malaysia dan kerajaan Arab Saudi dalam mesyuarat khas bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabia pada Isnin.

“Saya yakin penilaian telah dibuat dalam semua aspek bagi memastikan keselamatan bakal-bakal jemaah haji dari seluruh dunia terjamin semasa menunaikan rukun Islam yang kelima ini,” ujarnya mewakili Malaysia menzahirkan rasa syukur dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi atas kuota penuh itu.

Beliau berkata dalam mesyuarat tersebut, Tawfiq turut memuji Malaysia khususnya pihak Lembaga Tabung Haji (TH) atas pengendalian haji terbaik, sistematik dan tahap layanan jemaah haji yang patut dicontohi.

“Saya memberikan penegasan bahawa TH akan sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada bakal jemaah haji Malaysia dan akan mematuhi ketetapan daripada kerajaan Arab Saudi.”

Menerusi laman Facebooknya, beliau menyeru semua umat Islam bersama-sama berdoa kepada Allah SWT agar mempermudahkan perjalanan haji tahun ini serta mendoakan semoga pihak TH dapat menguruskan jemaah haji Malaysia dengan baik dan lancar.

Terdahulu, kuota jemaah haji Malaysia pada tahun 2022 adalah sebanyak 14,306 jemaah yang dibenarkan untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu dan pada 2019 ialah sebanyak 31,600.

Kuota jemaah bagi musim haji 2022 tersebut, sudah tentunya berikutan penilaian dan langkah berjaga-jaga demi memastikan kesihatan dan keselamatan semua jemaah haji dari seluruh dunia berikutan wabak Covid-19.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia