Mereka turut diiringi dua orang kakitangan Pejabat Presiden iaitu Ustaz Shamsul Maarif Hj Ismail dan En Salman Sirad bertemu dengan tokoh akademik negara tersebut pada Khamis 22 Mei yang lalu.
Alhamdulillah, kunjungan Presiden disambut penuh ukhuwah dan mesra oleh beliau. Ia merupakan kunjungan rasmi kali pertama yang dilakukan oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia ke sini. Kunjungan ini juga sangat bermakna kerana ketika Dr Mohd Parid bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Ekonomi, UIAM Petaling Jaya dan Kampus Induk UIAM Gombak, pada tempoh masa yang sama Tan Sri Dr Kamal pernah mengasaskan Kulliyyah of Islamic Revealed Knowlwedge & Human Sciences (IRKHS) dan menjadi Rektor UIAM selama bertahun-tahun.
Pertemuan hampir dua jam setengah tersebut telah membuka ruang perkongsian dua hala dalam membincangkan isu-isu terkini ummah dan masyarakat, terutamanya dalam menghadapi salah faham masyarakat terhadap Islam serta kekeliruan dan tentangan terhadap pelbagai isu umat Islam yang kesemuanya memerlukan kebijaksanaan memilih sikap dan pendirian.
Usaha Presiden bertemu tokoh-tokoh utama masyarakat dan negara adalah dalam rangka kerja membina hubungan yang lebih mesra di samping merangka persaudaraan dan jaringan amal yang akan dapat menjayakan agenda ummah pada masa kini dan akan datang. Semoga usaha ini akan terus dijayakan pada masa-masa mendatang bagi kebaikan dan kemaslahatan umat.