Presiden IKRAM Kunjungi Ketua Pengarah IKIM

KUALA LUMPUR – Presiden IKRAM, Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad ditemani Timbalannya, Prof. Dr Mohamed Hatta Shaharom telah melakukan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Nik Mustapha Hj Nik Hassan.

Dalam kunjungan ke IKIM pada Selasa, 6 Mei lalu, mereka dapat bersua serta disambut penuh mesra oleh Datuk Nik Mustapha sendiri.

Turut bersama dalam kunjungan itu adalah dua kakitangan Pejabat Presiden iaitu Hj Shamsul Maarif Ismail dan En. Salman Sirad.

Alhamdulillah, kunjungan Presiden telah diterima dengan layanan mesra serta penuh ukhuwah oleh Datuk Ketua Pengarah IKIM.

Dalam majlis hampir dua jam tersebut, kedua-dua pihak telah dapat bertukar-tukar pandangan dan fikiran bagi memajukan dan memperluas usaha dakwah dan kefahaman serta melihat permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam khasnya di negara kita.

Usaha Presiden bertemu dengan tokoh-tokoh utama dalam masyarakat dan negara adalah dalam rangka kerja membina hubungan yang lebih mesra, di samping merangka persaudaraan dan jaringan amal yang akan dapat menjayakan agenda ummah masa kini dan akan datang.

Semoga usaha ini akan terus dijayakan pada masa-masa mendatang bagi kebaikan dan kemaslahatan umat.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia