Kumpulan baju merah pastikan persekitaran bersih

Kempen kebersihan yang diadakan buat julung kalinya anjuran Portman College Malaysia dengan kerjasama IKRAM, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Huayang, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Jawatankuasa Penduduk Zon 24 MPSJ ini bertujuan untuk memastikan keselesaan dan kebersihan setempat seterusnya membina kesedaran betapa pentingnya menjaga persekitaran tempat kerja ataupun belajar.

    

Dalam majlis pembukaan kempen tersebut, Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad telah berucap dan menyeru semua pihak tidak mengira bangsa supaya bersama-sama menjaga kebersihan sebagai salah satu usaha khidmat masyarakat. Beliau turut menyarankan supaya kempen sebegini diadakan enam bulan sekali supaya kebersihan persekitaran kawasan perniagaan tersebut sentiasa terpelihara.

    

Beliau turun ke lapangan bersama-sama tiga kumpulan yang terdiri daripada 200 peserta termasuk para kakitangan ibu pejabat IKRAM, MyCARE, IKRAM-MUSLEH dan ahli-ahli IKRAM serta para pelajar Portman College Malaysia mencabut dan membersihkan pelekat iklan-iklan haram, menyapu, mengutip sampah, membersihkan kaki lima belakang bangunan dan longkang yang tersumbat.

    

Setiap peserta diberikan baju kempen berwarna merah, sarung tangan, kain lap peluh dan alatan pembersihan di mana setiap kumpulan dibekalkan dengan plastik sampah untuk diisikan dan dimasukkan ke dalam lori sampah MPSJ. Majlis penutup turut diadakan bagi menghargai sumbangan dan kerjasama pelbagai pihak dalam menjayakan kempen ini. Turut hadir Ahli Parlimen Serdang, YB Dr Ong Kian Ming dan Ahli Majlis MPSJ, Loka Ng Sai Kai serta wakil Huayang.

Foto FB IKRAM: http://on.fb.me/1l6KNME | http://on.fb.me/1MVLotC
Foto FB Portman: http://on.fb.me/1MVL8Lh
Foto FB MyCARE: http://on.fb.me/1QT1Bn9

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia