Kukuhkan Ukhuwah, Malam Gegar Alumni Musleh Meriah

Kukuhkan Ukhuwah, Malam Gegar Alumni Musleh Meriah | IKRAM

BANDAR BARU BANGI – Malam Gegar Alumni Musleh buat julung kalinya telah berlangsung dengan penuh meriah, yang menghimpunkan para alumni sekolah-sekolah rangkaian Musleh daripada generasi pertama sehingga alumni baharu yang tamat pada tahun 2024.

Mengangkat tema “Satu Malam, Seribu Memori,” program ini diadakan di Dewan Adam Hawa IRIS Hall di sini pada Isnin, 15 September lalu anjuran Kader Duat Musleh (KDM) sesi 2024/2026.

Majlis ini bertujuan menjadi wadah untuk menyambung ikatan persaudaraan, memperkukuh jaringan alumni, mengimbau nostalgia serta menyemarakkan semangat perjuangan yang pernah disemai di sekolah.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, iaitu Pengerusi Musleh Integrated Education Berhad (MIEB), Dr. Omar Yaakob; Ahli Lembaga Pemegang Amanah MIEB, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor dan Mohd Hafiz Abd Hamid serta Penasihat KDM, Dayang Norhayani Amir.

Malam Gegar Alumni Musleh dipenuhi dengan pelbagai pengisian menarik, antaranya pembentangan Projek Sekolah Musleh diikuti dengan pelancaran dana, persembahan seni, slot Memori dan Harapan, cabutan bertuah serta pengumuman hadiah utama.

Antara segmen utama yang mencuri perhatian ialah “The Afterschool Show” yang menampilkan perkongsian pengalaman inspirasi dan motivasi kepada para alumni dalam meniti kehidupan selepas zaman persekolahan.

Bual bicara santai ini menampilkan dua tokoh jemputan, Dr. Nurul Yaqeen Mohd Esa (Alumni Al-Amin Gombak) dan Ustaz Nu’man Hani Jamal (Alumni Al-Amin Bangi) bersama moderator Aqil Junaidi (Alumni SMAH Ipoh).

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa oleh kumpulan nasyid Zeyad, di samping pelbagai reruai interaktif dan jualan produk alumni yang menambahkan kemeriahan suasana, sekali gus membuktikan bahawa ukhuwah Musleh tetap utuh merentasi generasi.

Semoga program ini menjadi titik tolak bersejarah ke arah penubuhan Persatuan Alumni Musleh, yang diharapkan mampu memberi manfaat besar bukan sahaja kepada warga Musleh, malah juga kepada masyarakat.

Sumber: Musleh

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia