Kukuhkan komuniti belia ASEAN

Mesyuarat tahunan ini menghimpunkan belia dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina dan Kemboja termasuk Sri Lanka dengan misi untuk menangani isu-isu ASEAN, membina dan membangunkan jaringan sesama komuniti ASEAN serta menghasilkan kepimpinan belia yang cemerlang dalam arena perhubungan antarabangsa, sosio-budaya dan keusahawanan.

“Marilah kita bersatu dan memimpin rantau ini menjadi penggerak antarabangsa dalam perdagangan, ekonomi politik dan sosio-budaya”, ucap Presiden AYLF Malaysia, Dr. Nur Aisyah Zainordin dalam majlis perasmian mesyuarat.

“Semoga ikatan kita akan sentiasa kuat untuk mencapai matlamat besar antarabangsa bagi masa depan”, tambahnya. 

Mesyuarat tahunan belia serantau ini telah dirasmikan oleh Naib Presiden IKRAM, Hj Shahrul Aman Mohd Saari yang menyarankan supaya para belia keluar daripada zon selesa dan meyakini AYLF mampu menyediakan landasan terbaik untuk belia meperjuangkan isu semasa ASEAN.

    

Dr Nur Aisyah, Hj Shahrul Aman dan Ustaz Anis Matta

Antara tokoh yang hadir memberikan perkongsian dalam mesyuarat tersebut ialah Ustaz Muhammad Anis Matta, mantan Presiden PKS Indonesia dan Datuk Dr Mohd Daud Bakar, Presiden/CEO International Institute of Islamic Finance (IIF) Incl. (BVI) dan Amanie Advisors Sdn Bhd.

Ustaz Anis telah menyampaikan tajuk “Pemberdayaan Kepimpinan Belia ASEAN” sementara Datuk Daud berkongsi tentang “Menjadi Yang Terbaik Daripada Kepimpinan ASEAN”.

Kemuncak program ini adalah terbentuknya struktur baru kepimpinan AYLF peringkat ASEAN dan juga peringkat negara masing-masing termasuklah penubuhan cawangan baru AYLF di Singapura, Filipina dan Kemboja.

Program ini juga telah memuktamadkan senarai isu-isu semasa ASEAN dan tindakan yang akan ditangani dan diperjuangkan oleh AYLF setiap negara untuk tempoh dua (2) tahun berdasarkan tiga kluster utama iaitu politik, ekonomi dan sosio-budaya.

Para peserta turut berharap agar segala keputusan yang telah tercapai dalam AYLF Regional Meeting 2017 akan memberikan sumbangan yang berkesan ke arah membangun dan membina komuniti ASEAN yang lebih baik dan cemerlang.

AYLF telah ditubuhkan pada 2014 yang bermula dengan penyertaan kepimpinan belia dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand apabila 30 orang delegasi telah bertemu di Bandung pada 8-10 November 2014.

Visi penubuhan AYLF adalah untuk mengumpulkan kepimpinan terbaik belia ASEAN ke arah menjuarai isu-isu semasa ASEAN di samping membina hubungan serantau yang erat dan kukuh antara satu sama lain.

Antara deklarasi AYLF adalah untuk melawan penindasan terhadap hak asasi manusia dan meningkatkan peranan wanita dalam pembinaan komuniti ASEAN.

Sumber: AYLF Malaysia

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia