Krisis Korea Utara: IKRAM Saran Putrajaya Ambil Pendekatan Diplomasi

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) merasa kecewa dengan perkembangan konflik antara Malaysia dan Korea Utara yang sedang berlaku.

IKRAM ingin menggesa supaya Putrajaya menggunakan pendekatan yang lebih bijak dan berdiplomasi dalam menyelesaikan konflik ini agar negara dan rakyat tidak terheret ke kancah konflik antarabangsa yang tidak sepatutnya.

Krisis yang bermula dengan kematian Kim Jong-Nam yang merupakan abang kepada Presiden Korea Utara, Kim Jong-Un pada 13 Februari 2017 yang lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) telah membawa kepada tindakan yang lebih serius sehingga pengusiran duta masing-masing dan kini membabitkan rakyat kedua-dua negara yang seolah-olah menjadi tahanan dan dihalang untuk meninggalkan negara masing-masing.

Malaysia sebagai sebuah negara yang teguh berpegang kepada prinsip demokrasi dan peraturan antarabangsa harus menggunakan pendekatan yang bijak dan berdiplomasi dalam menyelesaikan konflik ini agar kewibawaan negara dan kepimpinanya tidak dipertikaikan.

Sewajarnya ianya dilakukan dengan tanpa mengheret rakyat Malaysia yang tidak berdosa. Malahan kepimpinan negara juga boleh memilih negara ketiga yang dihormati oleh kedua-dua negara untuk menjadi orang tengah dalam menyelesaikan konflik ini jika difikirkan perlu.

IKRAM percaya pemimpin yang berwibawa akan dapat mengeluarkan negara ini daripada konflik tanpa menggadaikan maruah, keselamatan dan kedaulatan negara.

Pada masa yang sama, siasatan terhadap kematian Kim Jong-Nam hendaklah diteruskan mengikut lunas undang-undang secara adil.

Moga Allah SWT memelihara negara kita dan membimbing dalam mencari jalan keluar terbaik kepada konflik ini.

“Malaysia Menjadi Negara Rahmah”

Ustaz Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia