Krisis air: Sampai bila akan berkesudahan?

Kajian menunjukkan bahawa manusia boleh hidup lebih seminggu tanpa makanan tetapi hanya boleh bertahan beberapa hari tanpa air. Ini membuktikan betapa pentingnya air dalam kehidupan seharian manusia.

 

Tahukah kita, Malaysia pernah mengalami beberapa krisis bekalan air yang serius. Antaranya krisis air pada tahun 1998 di Lembah Klang yang mana kira-kira 600,000 penduduk Selangor dan Kuala Lumpur terjejejas.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) pada pagi 19 Oktober mengumumkan 1,196,457 akaun daripada 1,292 kawasan di Lembah Klang mengalami masalah gangguan air disebabkan pencemaran di Sungai Selangor lagi.

Suara-suara keluhan dan kritikan untuk kerajaan Selangor bertalu-talu di media sosial. Siap ada yang mencipta lagu dan pantun juga pelbagai bentuk sarkastik berikutan ketiadaan air di negeri itu.

Ironinya, kerap pula terjadi pada tahun 2020 ini berbanding sebelum ini. Dan rakyat pun menjadi mangsa keadaan kerana air adalah sumber utama manusia.

 

Bersama kita telusuri fakta kes gangguan bekalan air di Selangor pada tahun ini:

 

7 Februari

Paip pecah di Rumah Pam Hulu Kelang mengakibatkan 57 kawasan di Gombak terkesan.

 

17 Mac

Pencemaran Air Loji Rawatan Air Sungai Selangor menjejaskan beberapa kawasan iaitu Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

 

27 Mac

Pencemaran minyak di Sungai Selangor hingga menyebabkan Loji Rawatan Air Sungai Selangor 1, 2 dan 3 dihenti tugas.

 

16 April

Pencemaran Air Loji Rawatan Air Sungai Selangor menjejaskan beberapa kawasan iaitu Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

 

24 Jun

Paip pecah disebabkan pihak ketiga hingga menjejaskan Kampung Malaysia, Desa Petaling, Salak Selatan dan Kampung Baru Salak Selatan.

 

14 Julai

Kerja penambahbaikan Loji Rawatan Air Sungai Selangor melibatkan 420,000 akaun pengguna di Petaling Jaya, Klang, Gombak, Kuala Lumpur dan Kuala Langat terjejas.

 

6 Ogos

Paip pecah di Persimpangan Jalan Kerinci, Bukit Angkasa mengakibatkan 50 kawasan di wilayah Petaling terputus bekalan air.

 

3 September

Pencemaran di Sungai Gong, menjejaskan 1.2 juta akaun pengguna di 1,292 di tujuh wilayah sekitar Lembah Klang.

 

15 September

Paip pecah di Bandar Seri Ehsan menjejaskan penduduk di Kuala Langat dan Sepang.

 

4 Oktober

Pencemaran di Sungai Semenyih melibatkan 309,605 akaun pengguna di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang terjejas lagi.

 

14 Oktober

Paip pecah di Jalan Bukit Raja, Klang menjejaskan 15 kawasan di wilayah Shah Alam/Klang.

 

17 Oktober

Kebocoran paip di Loji Rawatan Air Sungai Selangor yang melibatkan 686 kawasan di Petaling, Gombak, Klang/Shah Alam, Kuala Lumpur dan Hulu Selangor terjejas.

 

Tragedi terbaharu, pada 19 Oktober 2020 pula, hampir 1.2 juta akaun pengguna di tujuh daerah di Selangor berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan pencemaran sumber air mentah yang dikesan di Sungai Selangor pada jam 2.00 pagi.

 

Air merupakan satu khazanah alam yang tidak ternilai harganya. Manusia memerlukan air untuk menjalani kehidupan seharian kerana ia sumber penting dalam menjana pelbagai bidang ekonomi seperti pertanian, perindustrian, perikanan dan penjanaan sumber tenaga elektrik.

 

Sebagaimana yang kita tahu, hampir 3/4 daripada permukaan bumi adalah kawasan berair. Begitu juga dengan tubuh manusia yang mengandungi 70 peratus daripada komposisi tubuh manusia adalah air.

 

Air adalah antara sumber kehidupan manusia yang terpenting. Tanpanya, pelbagai perkara atau aktiviti boleh tergendala. Tentunya gangguan bekalan air tidak berjadual tersebut menimbulkan kemarahan rakyat yang terkesan dengan situasi itu.

 

Kekerapan berlakunya insiden henti tugas tidak berjadual akibat paip pecah atau pencemaran mutakhir ini perlu disiasat dengan serta-merta. Kerajaan Selangor wajib mengenakan tindakan tegas kepada pihak yang terlibat kerana bukan sedikit rakyat yang terkesan dengan situasi itu.

 

Daripada satu sisi, ia perlu diteliti dengan sebaik mungkin agar tidak berlaku lagi. Di sini juga memerlukan kebijakan kerajaan negeri mengatasinya, pantas dan proaktif bertindak agar ia dapat ditangani. Siasatan perlu giat dilakukan bagi memastikan dalang di sebalik insiden terbabit diberkas dan dihukum dengan berat di bawah akta sedia ada.

 

Kerajaan Persekutuan juga sewajarnya mengambil peduli akan krisis air ini dan mengambil langkah mewujudkan penyelarasan bersama kerajaan negeri agar ia tidak berlaku lagi.

 

Wajar dibangkitkan juga persoalan sebagaimana Anggota Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik, YB Najwan Halimi, “Adakah wujud unsur sabotaj dan khianat hingga acapkali sumber air Selangor dicemar oleh pihak tidak bertanggungjawab?” soalnya di laman Twitter.

 

Sampai bila situasi ini akan berkesudahan? Adakah ia agenda yang dirancang pihak tertentu? Kurang dalam tempoh sebulan pencemaran air berlaku lagi di Selangor, dalam suasana kemelut politik tanah air yang belum nampak noktahnya.

 

Dalam pada itu, peranan pihak kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha menangani isu air ini wajar diberi pujian. Langkah-langkah penjagaan sumber air juga perlu dipergiatkan melalui kempen kesedaran.

 

Kesedaran masyarakat mengenai air hakikatnya merupakan aset terpenting bagi terus memastikan bahawa sumber ini akan terus wujud, bersih dan selamat serta dapat meneruskan khidmatnya kepada kehidupan dan semua pihak harus menjalankan tanggungjawab mereka bagi memastikan air tidak dicemari.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia