Kreativiti rakyat Malaysia sokong Palestin

SERI KEMBANGAN – Perjuangan membela Palestin bukan perjuangan umat Islam sahaja, kerana ia adalah isu kemanusiaan yang menyentuh nilai manusiawi semua, kata Naib Presiden IKRAM, Hj Shahrul Aman Mohd Saari.

 

Beliau berkata demikian dalam ucapan mewakili Presiden IKRAM pada majlis ‘Malam Palestin Di Hati’ secara maya anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia dengan kerjasama MyCARE, Rose2Rose, IKRAM Musleh, KRS Musleh dan IKRAM Academia pada Ahad.

 

Majlis maya itu turut mendapat kerjasama Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia (Malaysia), BDS Malaysia, Persatuan Belia Harmoni dan International Development & Politics IKRAM UK & Eire (IDP).

 

“Semua orang yang mempunyai hati perlu mengambil cakna dan bertindak apabila melihat musibah dan kebobrokan terhadap sesuatu kaum, bangsa itu berlaku dalam keadaan begitu melampau sekali,” tegasnya.

 

Menurutnya, sepanjang Kempen Palestin Di Hati yang dianjurkan, beliau melihat ramai yang melakukan aktiviti, memberikan sumbangan dari segi masa, tenaga, dukungan dan sebagainya dengan cara yang kreatif sekali, yang dirasakan sangat penting untuk membantu rakyat di sana.

 

“Walaupun dalam keadaan darurat, walaupun dalam keadaan PKP, alhamdulillah rakyat Malaysia, ahli IKRAM dan rakan-rakan NGO yang lain tidak menjadikan ini sebagai alasan untuk tidak membuat apa-apa,” ujarnya.

 

Tambahnya, IKRAM sendiri telah menggerakkan sekurang-kurangnya 25 pasukan khas untuk kempen Palestin Di Hati yang berlangsung selama sebulan.

 

“Walaupun berlaku gencatan senjata pada 21 Mei 2021, akan tetapi kita harus sedar bahawa telah ramai yang terkorban (230 orang)termasuk wanita dan kanak-kanak, lebih 14,000 rumah telah rosak ataupun dimusnahkan, 120,000 orang yang telah terpaksa meninggalkan rumah masing-masing dan senarainya bersambung-sambung.”

 

Shahrul Aman yang juga Pengarah Kempen menyeru kepada semua ahli IKRAM, rakan-rakan dan seluruh rakyat Malaysia untuk memainkan peranan dan meneruskan usaha untuk membantu dan membebaskan Palestin.

 

“Perbualan nasional, perbualan global berkenaan Palestin, pendedahan berkenaan Palestin tidak boleh berhenti.”

 

Selain mengumpul sumbangan untuk Palestin lebih RM5.5 juta melalui MyCARE sepanjang kempen, banyak aktiviti yang digerakkan antaranya ceramah, forum, senamrobik, Global Ride to Palestine, Skipping for Palestine, Misi DTIYS 5000 IKRAMTeens, Virtual Run, pertandingan, kolaj plakad Palestin dan sebagainya.

 

Menurut beliau, pihak penganjur menerima sambutan yang amat baik oleh pelbagai pihak daripada ahli IKRAM, tadika, sekolah, universiti termasuk orang ramai dalam kempen kolaj bersama plakad Palestin.

 

“Memang sangat banyak, sangat mengkagumkan. Jika diikut dari segi penyertaan yang kami terima, saya kira sudah sampai 10,000 atau lebih (kolaj).”

 

Majlis itu turut diserikan dengan ucapan wirawati Women’s Boat to Gaza, Dr Fauziah Mohd Hasan, perkongsian tiga wakil Palestin iaitu Dr Ziad Shehada, Dr Said al-Ghoura dan Abeer Barakat serta Teo Ann Siang dan Krishna Kumar yang mewakili komuniti Cina dan India.

 

Menurut Dr Ziad yang juga Pengurus Besar MyCARE Gaza, ketika perang berlaku, banyak bangunan roboh di sekitar rumahnya akibat dibom yang menyebabkan beliau terpaksa membawa keluarganya ke kawasan lain apabila keluar bekerja.

 

Tambahnya, perkara terburuk yang beliau hadapi semasa perang adalah ketika melihat ambulans di Hospital Asy-Syifa’ dipenuhi dengan darah.

 

“Saya banyak menangis dan kadang-kadang merasa kecewa, tetapi alhamdulillah Allah memberi kita kekuatan. Keadaan masih sukar di Gaza,” ujarnya.

 

Tambahnya, MyCARE melakukan tugas dengan baik semasa perang dan sedang mengusahakan banyak projek dalam pelbagai aspek di bawah Dana Kecemasan.

 

“Sekarang kami di MyCARE mempunyai projek untuk membantu sektor kesihatan dengan bekerjasama Kementerian Kesihatan di Gaza.”

 

“Kami mengagihkan wang tunai (dan bantuan) kepada orang-orang yang cedera dan yang rumah mereka musnah sebahagian atau keseluruhannya,” tambahnya, selain bersiap sedia dengan konvoi mengedarkan makanan untuk semua yang terjejas akibat perang.

 

Katanya, MyCARE berfungsi di mana-mana di seluruh Gaza dalam kategori bantuan yang berbeza sehingga ramai rakyat Palestin dapat merasakan sumbangan dan bantuan rakyat Malaysia.

 

“Akhirnya kami memerlukan doa anda, memerlukan sumbangan anda, memerlukan anda untuk meningkatkan keceriaan di kalangan masyarakat Palestin,” ujarnya.

 

Malam Palestin Di Hati yang dihoskan oleh Anwar Afiq diakhiri dengan montaj kempen dan video terima kasih Palestin kepada Malaysia dalam bentuk ukiran pasir di Pantai Gaza (https://fb.watch/6g0bjBym0u/).

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia