KPT Wujudkan 7  Inisiatif Tangani Kos Sara Hidup Mahasiswa

SERI KEMBANGAN – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad mengemukakan tujuh inisiatif bagi menangani kos sara hidup mahasiswa di kampus.

“Mesyuarat bersetuju memberi pengecualian bayaran sewaan enam bulan kepada pengusaha kafeteria dan perkhidmatan makanan di institut pengajian tinggi awam (IPTA),” katanya dalam kenyataan pada Khamis susulan daripada mesyuarat pertama Jawatankuasa Tindakan Sara Hidup Siswa Keluarga Malaysia pada Selasa.

Beliau berkata, mesyuarat juga bersetuju menu Keluarga Malaysia RM3.50 di bawah inisiatif Bakul Makanan Siswa hendaklah bersesuaian dan mengambil kira kepelbagaian komposisi kaum di IPT.

“Bagi memantau kenaikan harga dan kos barangan dan perkhidmatan yang melibatkan sara hidup siswa di IPT, Pasukan Pemantau KPT Kos Sara Hidup Siswa (KPTPantau) akan melaksanakan pemantauan secara berterusan.”

Menurutnya, inisiatif Food Bank Siswa akan diperkasakan menerusi penubuhan Hab Food Bank Siswa yang berperanan sebagai pusat pengumpulan dan pengagihan barang keperluan siswa.

“Enam hab akan ditubuhkan mengikut zon, iaitu Zon Utara, Zon Tengah, Zon Timur, Zon Selatan, Zon Sabah dan Zon Sarawak. Seterusnya sebagai projek rintis, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersetuju untuk beroperasi sebagai hab bagi Zon Tengah,” jelasnya.

Noraini berkata, kadar upah bagi program Job on Campus (JoC) akan diselaraskan mengikut Perintah Gaji Minimum 2022.

“Pihak IPT turut disaran untuk meningkatkan jumlah penempatan JoC supaya lebih ramai pelajar, khususnya golongan berkeperluan dibantu dan memperoleh manfaat menerusi program tersebut.”

Dalam pada itu, Pelan Tindakan Sara Hidup Siswa yang holistik akan dibangunkan sebagai panduan kepada IPT dalam usaha memperkasakan kebajikan siswa.

“Selain daripada aspek kos makanan, pelan ini turut mengambil kira konteks sara hidup siswa yang lebih luas, termasuklah aspek keperluan pengajaran dan pembelajaran seperti pelan data dan peranti, penginapan, pengangkutan dan yuran,” katanya.

Jelasnya lagi, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan mengadakan perbincangan lanjut bersama Kementerian Kewangan bagi membincangkan kebolehlaksanaan pemberian rebat atau pengecualian cukai kepada penyumbang yang menyalurkan tajaan dalam pelbagai bentuk.

“Ini bagi menggalakkan kolaborasi bersama pihak korporat, industri dan juga orang perseorangan menyumbang keperluan siswa.”

Noraini turut berharap agar semoga semua inisiatif yang berpaksikan hasrat memperkasakan kebajikan pelajar di IPT ini akan mendapat sokongan serta kerjasama penuh semua untuk menjayakannya.

Terdahulu, mesyuarat yang dihadiri oleh pengurusan tertinggi KPT, Naib-naib Canselor, wakil univesiti awam (UA), Persatuan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dan Presiden dan wakil Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) turut bersetuju agar jadual kekerapan pergerakan pengangkutan di dalam dan luar kampus ditambah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia