KPDNHEP tetapkan harga maksimum musim perayaan

KPDNHEP Skim Harga Maksim Perayaan

SERI KEMBANGAN – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, sebanyak 22 jenis barangan akan ditetapkan harga maksimum semasa pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (HRP) 2022 yang melibatkan kategori hasil laut, barangan kering, sayuran dan daging.

 

“HRP 2022 ini akan berkuat kuasa pada 26 April sehingga 6 Mei 2022 iaitu tujuh hari sebelum, semasa dan tiga hari selepas perayaan.”

 

Dalam kenyataan yang dikeluarkan itu, beliau berkata, ia sebagai langkah menstabilkan harga barangan dan memastikan keberadaan bekalan di pasaran sebelum, semasa dan selepas perayaan.

 

“Penentuan harga maksimum ayam dan telur ayam juga sedang berkuat kuasa sehingga 5 Jun 2022 sebagai langkah untuk menstabilkan harga ayam dan telur ayam serta memastikan keberadaan bekalannya di pasaran,” kata Nanta Linggi.

 

Menurutnya, jumlah barangan harga terkawal bagi pelaksanaan penentuan harga maksimum ayam dan telur ayam serta HRP 2022 adalah melibatkan 28 jenis barangan daripada kategori ayam, telur ayam, sayur, barangan kering, sayuran dan daging.

 

“Bagi negeri-negeri, penentuan harga barangan dibuat mengikut kesesuaian harga pasaran semasa dan mengambil kira faktor perubahan harga khususnya bagi barangan import yang dipengaruhi oleh harga daripada negara asal, perubahan kadar tukaran mata wang dan peningkatan kos utiliti penternak,” jelasnya.

 

Dalam pada itu, anggota penguat kuasa KPDNHEP akan berada di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai membeli-belah seperti pasar awam, pasar tani dan pasar raya untuk menjalankan pemeriksaan dan pemantauan setiap hari bagi memastikan pematuhan oleh peniaga sepanjang tempoh pelaksanaan skim ini.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia