KPDN Cadang Perluas MySaveFood Ke Pasar Malam 

KPDN Cadang Perluas MySaveFood Ke Pasar Malam | IKRAM

SERI KEMBANGAN — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bercadang memperluas kempen menyelamatkan pembaziran makanan MySaveFood ke pasar malam seluruh negara selepas Aidilfitri ini.

Timbalan Menterinya, Senator Fuziah Salleh berkata, kempen itu telah mendapat maklum balas positif daripada persatuan peniaga yang bersedia untuk bekerjasama selain turut melibatkan Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (GEMA).

“Jika kita lihat inisiatif MySaveFood ini telah menunjukkan kesan positif apabila sejumlah 19.84 tan makanan dapat diselamatkan daripada pembaziran pada Ramadan ini.”

“Program ini melibatkan pengumpulan lebihan juadah tidak terjual yang dilakukan selepas waktu berbuka puasa, seterusnya diasing dan ditimbang bagi tujuan rekod sebelum diagihkan kepada golongan sasar yang memerlukan,” katanya kepada pemberita di Jasin pada Rabu.

Terdahulu beliau hadir pada program MYSaveFood Ramadan di Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Bandar Baru Merlimau yang turut dihadiri Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Melaka, Allex Seah Shoo Shin dan Pengarah KPDN Melaka, Norena Jaafar.

Mengulas lanjut, Fuziah berkata, menurut Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), pada tahun ini dianggarkan sejumlah 75,000 tan sisa makanan dibazirkan jika tiada tindakan diambil untuk menyelamatkan makanan tersebut.

“Data itu diperoleh daripada jangkaan sebanyak 19,228 tan sisa makanan dibuang setiap hari di seluruh negara pada Ramadan berbanding 16,720 tan sisa makanan dikumpul pada hari biasa, iaitu pertambahan 2,508 tan atau 15 peratus,” katanya.

Menurutnya, program MySaveFood itu telah dijayakan oleh 1,227 sukarelawan di 43 lokasi Bazar Ramadan terpilih seluruh negara.

Beliau berkata, KPDN juga telah bekerjasama dengan pihak hotel terpilih seluruh Malaysia untuk menyelamatkan makanan yang tidak disentuh dengan memanjangkan jangka hayat makanan tersebut melalui proses retort. 

“Sejumlah 792 pek makanan bersamaan 62 kilogram telah melalui proses retort dan diagihkan kepada pelajar institusi pengajian tinggi,” katanya.

Sumber: Bernama

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia