Koordinasi bantuan elak pembaziran

SERI KEMBANGAN – Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, badan bukan kerajaan (NGO) serta agensi swasta perlu memahami selain memastikan keadaan di satu-satu lokasi terlebih dahulu bagi mengelakkan lambakan sumbangan dan pembaziran.

 

“Setiap kawasan ada perbezaannya yang tersendiri, status banjir di kawasan tertentu. Ada kawasan yang mangsa dah boleh balik dan bersihkan rumah.”

 

“Begitu juga ada kawasan yang masih terdapat selut yang tinggi. Ada yang sampai 6 inci atau 7 inci. Sebagaimana gambar yang saya lihat, sampai ke lutut tanah liatnya itu,” ujarnya dalam rancangan Agenda Awani ‘Solidariti Wira Banjir’ pada Isnin.

 

Beliau berkata, semua proses perlu dikumpul dari kawasan kerana networking itu penting. Individu-individu yang boleh memberikan input di kawasan, sudah tentu memerlukan kepastian, adakah benar kerana dalam situasi sekarang ini juga ada yang mengambil kesempatan, contohnya dari sudut kewangan.

 

“Kita perlu berlapang dada untuk tidak menzalimi yang lain, mereka yang memerlukan. Jadi kita perlu verification (pengesahan) kerana ada kawasan yang masih memerlukan pembersihan, ada kawasan yang mangsa tak nak balik ke rumah lagi sebab tak berani kerana masih hujan.”

 

Sebagaimana laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) meramalkan akan berlaku luruan monsun pada 27 Disember 2021 hingga 1 Januari 2022, dan dijangka berterusan hingga 3 Januari.

 

“Daripada sudut psychospiritual support, emotional support, dan juga budak-budak sekolah dengan educational support adalah yang penting,” ujar beliau lagi.

 

Sebelumnya, pihak MyCARE telah bersama-sama menubuhkan Pusat Operasi IKRAM (Command Centre IKRAM) sejak 19 Disember lalu.

 

“Ia bertujuan mendapatkan input dari luar, bagaimana kita dapat kenal pasti kawasan-kawasan yang memerlukan, apa keperluan yang diperlukan, bagaimana bantuan boleh sampai dan apa yang mereka perlukan.”

 

MyCARE telah berkolaborasi dengan Pertubuhan IKRAM Malaysia yang ada jaringan satu Malaysia. MyCARE dengan aktivis sukarelawan satu Malaysia, namun ada kawasan dapat dilihat oleh IKRAM itu sendiri. 

 

“Jadi, di setiap kawasan dan daerah itu ada pusat operasi yang dapat memberi input dan keperluan-keperluan diuruskan di pusat, seterusnya daripada situ kita dapat menguruskan apa keperluan yang diperlukan.”

 

Kamarul Zaman berkata, pada peringkat awal dulu, MyCARE perlu menyokong di Pusat Penempatan Sementara (PPS) tertentu, tapi apabila masing-masing telah pulang ke rumah, area untuk membina semula kehidupan adalah berfokus.

 

“Jadi team-team di kawasan tempat-tempat terlibat telah mula jumpa individu-individu, keluarga-keluarga yang terlibat, bantuan apa yang diperlukan mereka.”

 

Dari situ tambahnya, kita berikan maklum balas kepada centre dan kita agihkan, siapa yang boleh uruskan keperluan yang diperlukan mangsa banjir tersebut.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia