Konvoi pertama MyIKRAM Bikers ke Tanjung Piai

Seramai 11 orang ahli konvoi yang diketuai Pengerusinya Hj Syed Ghazali Hassan, telah berlepas pada jam 10.15 pagi tadi dengan jarak perjalanan sejauh 230 kilometer untuk ke sana. Turut hadir menyaksikan pelepasan Naib Presiden, Hj Zaid Kamaruddin, Hj Syed Ibrahim Syed Noh, Penolong Setiausaha Agung, Hj Mohamad Yaakub Idris dan Ahli Jawatankuasa Pusat, Hj Mahdzir Md Isa.

Konvoi ini bertujuan untuk membawa ahli MIB ke satu perjalanan yang jauh iaitu Tanjung Piai yang menjadi peghujung Benua Asia. Selain itu, konvoi ini juga adalah dalam rangka untuk memperkenalkan MyIKRAM Bikers di kalangan ahli IKRAM di Johor.


Sebelum berlepas, Dr Parid telah menyampaikan amanat bahawa pengembaraan dengan tujuan menuntut ilmu, meneroka alam-alam dakwah, budaya ini telah wujud di kalangan ulama’ seperti Imam Ghazali. Ibn Batutah juga antara pengembara yang terkenal.

Melalui pengembaraan, tambahnya, ia dapat meninggalkan kesan dan meningkatkan jati diri dalam pengembaran. Di samping itu, pengembara mendapat pelbagai pengalaman dan pendedahan. Buka minda dan menghubung kembali kita dengan sejarah dan generasi terdahulu, merentasi zaman dan daerah.

Dr Parid turut menyarankan supaya pengembaraan harus meluas ke Nusantara, bukan Tanah Melayu sahaja. Ini kerana Nusantara kaya dengan manuskrip, warisan yang telah dibawa lari oleh penjajah supaya hubungan dengan ulama’ Nusantara terputus.

Semoga konvoi pertama MIB ini mencapai objektifnya selepas pelancarannya pada Oktober lalu, insyaa-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia