Banjir 2021: Konvoi ukhuwah Johor ke Pahang, Selangor

SERI KEMBANGAN – Prihatin dengan nasib mangsa banjir, MyCARE Johor telah melaksanakan konvoi misi kemanusiaan ke Pahang pada Selasa dan kini ke Selangor bersama puluhan sukarelawan dan barang-barang bantuan.

 

Misi MyCARE Johor ke Kuantan, Pahang diketuai oleh Eksekutif Operasi, En. Saadon Sulaiman bersama 20 sukarelawan menggunakan enam kenderaan.

 

Menurut beliau, misi ini dikoordinasikan juga dengan MyCARE Pusat dan MyCARE Pahang sebaik banjir melanda Malaysia, serta hasil penggemblengan dan sumbangan badan-badan korporat serta individu di negeri Johor.

 

“Melalui Econsave Cash and Carry yang diketuai Pengurus Besar Econsave Wilayah Selatan, En. Mas Imran Adam, sebuah lori penuh muatan makanan dan barangan-barangan keperluan individu mangsa banjir disumbangkan Econsave.”

 

“Turut menyumbang ialah Tn Hj Baba Khan, warga Pertubuhan IKRAM Malaysia dan ramai lagi.”

 

Jelasnya, pelbagai barang-barang keperluan yang dibawa termasuk beras, toto dan bantal, makanan kering, gula, susu dan tepung, lampin pakai buang, sejadah, kain, telekung dan alat-alat keperluan peribadi.

 

“Misi ini mengikuti SoP di mana semua peserta misi dikehendaki menjalani saringan RTK sebelum menyertai misi.”

 

Tambahnya, antara tugasan para sukarelawan ialah menjalankan pembersihan rumah-rumah mangsa banjir selain menyampaikan sumbangan.

 

Pada Jumaat pula, MyCARE Johor dengan kerjasama Econsave Cash & Carry dan Triton Southern Crew telah bertolak ke Selangor untuk misi bantuan banjir dengan penggemblengan seramai 75 orang sukarelawan, diketuai oleh Ustaz Mohd Hairozi Muhammad.

 

“Konvoi para sukarelawan telah berlepas dari Econsave Teratai, Skudai pada jam 11.00 malam bersama 10 buah kenderaan pacuan empat roda dan empat buah kereta berserta sebuah lori penuh muatan.”

 

Konvoi telah berhenti rehat di R&R Pagoh pada jam 1.00 pagi hari ini sebelum meneruskan lagi perjalanan ke Dengkil.

 

Untuk membantu mangsa-mangsa banjir melalui insitusi-institusi IKRAM, sumbangan boleh dibuat melalui pautan https://bit.ly/ikram-bantu-banjir.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia