Konvoi Aqsa2Gaza2: Mawaddah sumbang lebih RM170,000

Kunjungan ini bertujuan menyalurkan sumbangan untuk disampaikan kepada rakyat Palestin di Gaza, melalui misi kemanusiaan kedua Aqsa Syarif Berhad ke Gaza (Aqsa2Gaza2) yang dijadualkan berlepas pada 20 Ogos ini. Sekeping cek bernilai RM 175,826.14 telah disampaikan kepada wakil Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif Berhad, Dr Mohd Tahir Abdul Rahman. Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengurus Projek Khas Aqsa Syarif Berhad, Puan Hajah Sharifah Mahiza Syed Abd Kadir.

Pihak Astro Awani juga telah membuat liputan semasa majlis penyerahan bersejarah ini, diwakili wartawan Ashwad Ismail. Aqsa Syarif Berhad mengucapkan terima kasih kepada Pertubuhan Mawaddah Malaysia atas kepercayaan yang diberikan dan mendoakan agar segala usaha yang dijalankan ini diberkati Allah.

MAWADDAH adalah sebuah NGO yang mempunyai visi untuk menjadi organisasi contoh yang memberi manfaat kepada semua golongan masyarakat ke arah membangun potensi insan dengan penekanan kepada pembinaan sahsiah diri dan penyuburan sifat kasih sayang (mawaddah). NGO yang berpusat di Shah Alam ini berusaha untuk mencapai misi memupuk sahsiah diri umat dan melaksanakan akitiviti-aktiviti bagi membangun sebuah masyarakat yang prihatin, progresif dan dinamis berteraskan nilai-nilai Islam.

Selain MAWADDAH, pelbagai pihak turut menyumbang bagi membantu meringankan penderitaan rakyat Palestin d sana. Sehingga Rabu lalu, dianggarkan lebih RM700,000 sumbangan berjaya dikumpulkan oleh AQSA untuk misi kemanusiaan kali ini. Sumbangan ini dijangka akan meningkat kepada RM1 juta sebelum 12 anggota misi bertolak ke Gaza esok.   

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia