Konvoi Amal, Flashmob, Lelong ‘superbike’ bakal hangatkan MyGMJ 2014

Konvoi kira-kira 250 buah pelbagai jenis motosikal ini akan mengelilingi seluruh negeri Selangor dalam tiga kumpulan bermula jam 8.00 pagi hingga 6.30 petang pada tarikh bersejarah tersebut, bermula di Masjid Wilayah Persekutuan dan berakhir di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Menurut Pengarah MyGMJ 2014, Ibni Khalid Jurait (gambar atas), peserta konvoi ‘Bikers for Palestine’ yang terlibat dalam kempen ini akan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang nasib saudara Islam di Palestin dan seterusnya mengumpul dana buat saudara mereka di sana.

Antara kelab motosikal yang terlibat dalam konvoi tersebut adalah Lady Bikers Malaysia (LBM), Selayang Riders Club, Sentral Eleganet Club (SEC), Gabungan Sahabat Venture, Dash Owners Club (DOC), Freerider, Kelab Skuter Malaysia (KSM), Versys Owner Group (VOG) dan Srikandi Perwani.


MyGMJ 2014 yang bertemakan ‘Solidariti bersama Palestin’ ini merupakan anjuran Sekretariat Malaysia Global March to Jeruslaem (MyGMJ) di mana ia adalah rogram kempen kesedaran antarabangsa ini melibatkan 50 negara serta lebih daripada 300 bandar di dunia termasuk bandar-bandar raya utama seperti Istanbul, Cairo dan London.

Turut terlibat dalam penganjuran acara tahunan ini ialah NGO seperti Aqsa Syarif, Viva Palestina Malaysia (VPM), Pertubuhan IKRAM Malaysia, MAPIM dan GEMA. MyGMJ juga memfokuskan penglibatan dan sokongan daripada pelbagai bangsa serta agama dalam memperjuangkan isu Palestin.

Tambah menarik, pengisian acara kemuncak MyGMJ kali ini bakal diadakan secara ‘live streaming’ dengan negara di Timur Tengah, selain penampilan Faizal Tahir yang akan membantu melelong sebuah motosikal berkuasa tinggi.


MyGMJ kali ini turut dimeriahkan dengan persembahan Mu’adz serta pertunjukan flashmob dengan harapan untuk mengumpul sebanyak mungkin dana bagi membantu rakyat Palestin.

Dalam sidang media MyGMJ pada Jumaat lalu, pihak penganjur menyasarkan kehadiran 10,000 orang dalam acara bersejarah tersebut, yang akan turut disajikan dengan pameran serta pengisian tentang keadaan terkini di Jerusalem.

Rakyat Malaysia pelbagai peringkat tidak mengira bangsa dan agama dijemput hadir bagi memeriahkan lagi kempen kesedaran untuk membebaskan bandar Jerusalem dan bumi Palestin pada 7 Jun ini di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Maklumat lanjut mengenai MyGMJ 2014 boleh diikuti di Facebook MyGMJ: https://www.facebook.com/MalaysiaGMJ

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia