Konvensyen, pelancaran PERINTIS Youth 22 Mac ini

Persatuan Saintis Muslim Malaysia (PERINTIS) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia, yang dianggotai oleh profesional daripada kalangan saintis, jurutera serta teknokrat Muslim. Matlamat PERINTIS ialah menyediakan satu wadah untuk menghubungkan serta menggembleng tenaga para saintis, jurutera serta teknokrat profesional Muslim di peringkat nasional dan antarabangsa dalam menjadikan sains sebagai satu wasilah untuk membawa rahmat kesekelian alam.

PERINTIS berusaha menerajui usaha untuk membangun, membudaya dan memanfaatkan sains demi kesejahteraan alam sejagat. Dalam mencapai misi dan visinya, PERINTIS berusaha memainkan peranan dalam memberi pandangan serta pendirian berkaitan sains dan Islam kepada masyarakat dan membentuk persepsi masyarakat yang positif terhadap Islam, menyemarakkan tasawur Islam dan mengetengahkan kepentingan Islam dan umat Islam di Malaysia dan antarabangsa.  

Untuk tujuan itu, PERINTIS dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan menganjurkan Konvensyen Ke-2 sempena Mesyuarat Agung Tahunan yang akan diadakan pada 22 Mac 2014 bertempat di Dewan Kuliah 1.2, Fakulti Pengurusan dan Kepimpinan,USIM, Nilai Negeri Sembilan. Kovensyen tahun ini bertemakan “Saintis Untuk Kesejahteraan Alam” bermula jam 10.00 pagi.


Perkara dan isu yang akan disampaikan pada kali ini sangat menarik serta relevan dengan peranan saintis dan teknokrat. Presiden PERINTIS, Profesor Dr Zainuddin Abdul Manan akan menyampaikan ucaptama bertajuk “Waqaf Ilmu Melampaui Sebutan”.

Tajuk ini merupakan perkara baru yang sedang diketengahkan oleh PERINTIS untuk mengajak para akademia, penyelidik, guru-guru, ilmuan dan masyarakat untuk terus berkongsi ilmu mereka dalam pelbagai bentuk, baik melalui tulisan khususnya jurnal, buku dan makalah, atau melalui pengajaran dan pendidikan, atau rekacita, penemuan serta pengkomersialan produk-produk yang berupaya menambah nilai kehidupan, atau melalui perkhidmatan masyarakat.

Semua ini dikira sebagai bentuk waqaf baru di samping harta dan wang ringgit. Usaha ini akan terus menyemarakkan lagi pengkongsian ilmu untuk membentuk sebuah tamadun baru melalui sumbangan para saintis dan teknokrat. Prof. Dr. Zainuddin juga merupakan salah seorang Top Scientists yang telah diumumkan oleh Akademi Sains Malaysia baru-baru ini.

Hj Abdul Rashid Munir, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif, IC Microsystems Sdn. Bhd. (ICmic) merupakan pemenang hadiah trofi dan wang RM1juta oleh MITI sebagai “Malaysia’s Top MostInnovative SME in 2010” akan menyampaikan ucaputama bertajuk “Saintis Kaya, Saintis Miskin”. Beliau juga merupakan pemenang “Telekom Malaysia Top Award for Innovation Excellence, 2012 dan Telekom Malaysia Top Award for Export Excellence, 2012”.

Tajuk yang dipilih sangat bertepatan dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi. Perkongsian pengalaman beliau sebagai seorang saintis usahawan yang sangat berjaya dalam industri elektronik peringkat global akan dapat  menyuntik semangat kepada para penyelidik dan generasi muda untuk menceburi bidang keusahawanan.

Ucaputama terakhir akan disampaikan oleh En. Bahrulmazi Edrak daripada Asia Pacific University (APU), merangkap ketua MyCommunity sebuah projek Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertajuk “Jangkauan Global Malaysia”. Beliau akan berkongsi pengalaman memberi pelbagai khidmat masyarakat kesukarelawanan di beberapa negara termasuk di Gaza, Palestin.

Konvensyen ini akan berakhir dengan pelancaran PERINTIS Youth oleh Saudara Muhammad Fikri Bin Ahmad, Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang merupakan Tokoh Siswa yang telah memenangi Anugerah Menteri Pendidikan Malaysia 2013.

PERINTIS dengan sukacita menjemput semua anggota masyarakat yang berkaitan dengan bidang, serta kemajuan sains dan teknologi, serta wakil media untuk hadir dalam konvensyen ini.

 

Profesor Dr Sahrim Haji Ahmad

Timbalan Presiden

Persatuan Saintis Muslim Malaysia (PERINTIS)

17 Mac 2014

15 Jamadil Awal 1435 H

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia