Konvensyen Malaysia Negara Rahmah 2023 Bermula

Konvensyen Malaysia Negara Rahmah 2023 Bermula | IKRAM

SHAH ALAM – Konvensyen Malaysia Negara Rahmah (KMNR) 2023 sedang berlangsung buat julung kalinya hari ini di Ideal Convention Centre (IDCC), di sini.

Konvensyen anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) ini telah dihadiri oleh tetamu kehormat seperti Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Ustaz Datuk Hasanuddin Mohd Yunus.

Turut hadir menyerikan konvensyen ialah Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamudin Yaacub dan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Konvensyen Malaysia Negara Rahmah (KMNR) 2023 dicetuskan daripada visi Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) ‘Malaysia Menjadi Negara Rahmah’ dengan 12 cirinya, yang dilihat seiring konsep Malaysia MADANI yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Perpaduan.

Objektif utama konvensyen ini diadakan bertujuan untuk mengupas isu ekonomi, integrasi nasional, kesejahteraan sosial, kepimpinan, tadbir urus dan reformasi institusi bersama para pakar bidang dan pemegang taruh.

Selain itu, KMNR 2023 yang bertemakan ‘Pendekatan Rahmah Memacu Malaysia MADANI’ turut mengetengahkan model solusi yang praktikal berdasarkan pendekatan rahmah berkaitan isu-isu kesenjangan yang kritikal dalam masyarakat untuk membangun Malaysia MADANI.

Sempena konvensyen ini juga, pelbagai sesi menarik telah disusun oleh IKRAM sebagai penganjur utama dengan kerjasama Kajian Dasar IKRAM (KADRI) dan IDEAL Bhd bersama 18 lagi rakan kerjasama yang lain bermula 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang nanti.

KMNR 2023 dimulakan sebuah wacana bertajuk ‘Pendekatan Rahmah Memacu Pembangunan Negara Madani’ bersama ahli panel Felo Institut MASA Dato’ Dr Madeline Berma, Profesor Emeritus Ekonomi UKM Prof Dr Jamal Othman, Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Mohammad Taufiq Johari dan Naib Presiden IKRAM Profesor Dr Hanim Salleh dengan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan ARBA, Azlan Shah Nabees Khan sebagai moderator.

Selain wacana, konvensyen ini juga mempunyai lapan sesi plenari melalui empat persidangan selari yang bertemakan Kepimpinan, Tadbir Urus dan Reformasi Institusi, Kesejahteraan Keluarga, Pendidikan dan Sosial, Perpaduan dan Integrasi Nasional serta Kemakmuran Ekonomi dengan menampilkan seramai 32 ahli panel pembentang.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia