Konvensyen GDM mantapkan sinergi dakwah negara

Majlis yang dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial & Komuniti JAKIM mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah dihadiri oleh 75 orang mewakili 21 buah NGO dan 12 Gabungan Dakwah Negeri (GDN) termasuk daripada JAIS (Sarawak) dan JAIP (Pahang).

Katanya, dalam usaha menyampaikan risalah Islam ini kepada golongan bukan Islam, kita juga dituntut untuk melaksanakannya dengan cara berjamaah dan tersusun.

“Masing-masing NGO mempunyai kekuatan-kekuatannya yang tersendiri. Begitu juga institusi agama di Malaysia juga ada kelebihannya tersendiri.”

“Apabila kekuatan ini disatukan, ia akan menjadi suatu usaha yang lebih mantap, saling lengkap-melengkapi serta tersusun dan ianya suatu yang sangat disukai oleh Allah SWT,” jelasnya.

Turut hadir Pengerusi GDM, Hj. Nicholas Sylvester yang juga Pengerusi Hidayah Centre Foundation (HCF), Presiden MACMA, Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin, Xifu Nasser, tokoh-tokoh dakwah serta wakil NGO-NGO.

Menurut Setiausaha Agung GDM, Zun Arif Hakim Abd. Rahman, perkembangan aktiviti GDM dan GDN turut dikongsikan beliau dan wakil-wakil negeri.

“Alhamdulillah, GDN Pulau Pinang telah berjaya terpilih sebagai Gabungan Dakwah Negeri terbaik berdasarkan aktivisma gabungan yang mantap dan menjadi negeri pertama yang telah membuat pendaftaran gabungan dengan ROS.”

Tambahnya, sumbangan RM12,000 juga telah disampaikan kepada GDN Pulau Pinang sebagai motivasi kepada semua wakil negeri untuk melipat gandakan usaha dakwah ini bersama-sama.

Satu resolusi konvensyen telah dihasilkan antaranya menuntut supaya usaha gabungan dakwah negeri dimantapkan, wujudnya resource mapping dalam kalangan NGO dakwah dan kepentingan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia