Konvensyen IKRAM Academia 29 Januari ini

SERI KEMBANGAN – Konvensyen Persatuan Akademia IKRAM Malaysia (IKRAM Academia) dan Mesyuarat Agung Tahunannya bakal berlangsung buat kali ketiga pada Sabtu, 29 Januari ini.

 

Konvensyen kali ini menampilkan Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Dato’ Seri Ir Dr Zaini Ujang yang akan menyampaikan ucaptamanya yang bertajuk ‘Academicians as Catalyst of Change for Better Malaysia: A Non-Academician’s Perspective’.

 

Konvensyen IKRAM Academia akani turut diserikan dengan sesi perkongsian mengenai Pemenang Geran Persatuan Akademia IKRAM Malaysia oleh Dr Nadzirah Ahmad Basri.

 

Seterusnya, kemuncak konvensyen akan disajikan dengan Siri Bicara IKRAM Episod 6 yang bertajuk ‘Ahli Akademik Sebagai Pemangkin Perubahan Untuk Malaysia Yang Lebih Cemerlang’.

 

Bicara ini akan menampilkan Profesor Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan, Profesor Dr Hanim Salleh dan Profesor Dato’ Ir Dr Saleh Jaafar, manakala Profesor Madya Dr Amir Syahir Amir Hamzah bertindak sebagai moderator.

 

Konvensyen akan disiarkan secara langsung di laman Facebook Persatuan Akademia IKRAM Malaysia pada sebelah pagi dan diikuti Mesyuarat Agung Tahunan untuk ahli-ahli pada petangnya.

 

Semua dijemput untuk bersama-sama mengikuti konvensyen tersebut.

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia