KONSURI 2023 Platform Tingkat Peranan Suri Rumah

KONSURI 2023 Platform Tingkat Peranan Suri Rumah | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Konvensyen Suri 2023: Persidangan Suri Rumah Kebangsaaan (KONSURI 2023) bakal berlangsung sekali lagi buat kali ketiga pada 28 Oktober 2023 secara hibrid di UTM Hotel & Residence, Kuala Lumpur dan dalam talian.

Konvensyen yang bertemakan ‘Inovasi Pemberdayaan Suri’ dijangka akan dihadiri lebih kurang 300 orang peserta dalam kalangan suri rumah dari seluruh negara dengan kemudahan nurseri.

Konvensyen Suri 2023 merupakan kesinambungan daripada Konvensyen Suri yang pernah diadakan pada tahun 2018 dan 2019 yang merupakan penganjuran Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia (SRR).

Pengarah KONSURI 2023, Dr Nurhamizah Basri menjelaskan, SRR ditubuhkan dengan misi untuk menerajui pemberdayaan suri rumah dan membimbing suri rumah muda berperanan dalam masyarakat.

“Konvensyen ini merupakan salah satu program di bawah Model Pembangunan Suri yang dibangunkan sendiri oleh SRR sebagai modul pembangunan suri rumah,” ujar beliau. 

Konvensyen ini mendapat sokongan daripada Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) iaitu agensi di bawah Kementerin Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Turut  bekerjasama adalah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Akademi Dr Har (ADH) dan beberapa agensi lain.

Menariknya, Konvensyen Suri pada tahun ini membawa sedikit kelainan dengan pendekatan konsep persidangan bagi mencapai objektif seperti berikut:

  • Membentangkan dan menerbitkan kertas kerja kajian lapangan berkaitan suri rumah yang dijalankan oleh penyelidik akademik dengan tujuan untuk memartabatkan peranan suri rumah dalam pembangunan masyarakat dan negara. 
  • Melakukan inovasi pemberdayaan suri rumah daripada aspek fizikal, mental, intelektual dan sosial. 
  • Membangunkan suri rumah yang berkemahiran dan berketerampilan. 
  • Membina suri rumah yang berupaya bertindak sebagai aktivis dalam masyarakat.

Dalam program ini, Pengasas dan Pengarah Akademi Dr Har, Datuk Dr Harlina Halizah Siraj yang juga aktivis pembangunan wanita dan kekeluargaan, dijadualkan akan menyampaikan pembentangan yang bertajuk ‘Suri Bestari: Suri Rumah Pembangun Ummah’.

Manakala Pengerusi Khadijah International Waqf, Pn Hjh Rohani Mohd Shahir, yang dikenali ramai sebagai konsultan kewangan Islam di Malaysia akan membentangkan tajuk ‘Sinergi Suri: Memartabatkan Suri Rumah Dalam Pembangunan Sosial dan Ekonomi’.

KONSURI 2023 akan turut diserikan dengan Forum Suri Lestari ‘Segalanya Bermula Dari Rumah’ yang menampilkan ahli-ahli panel tersohor seperti Prof Madya Dr Sharifah Hayati Syed Ismail (Pensyarah Akademi Pengajian Islam UM), Dr Kamilin Jamilin (Ahli Majlis Fatwa WP dan Perlis) dan Dr Raja Kamariah Raja Mohd Khalid (Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA), dengan moderator Pn Lin Ariffin, penyampai radio Zayan FM.

Layari laman web https://surirumahrahmah.com/konsuri2023/ untuk maklumat lanjut dan pendaftaran Konvensyen Suri 2023: Persidangan Suri Rumah Kebangsaan. 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia