KONSISTEN 2016: Pupuk disiplin, bina ukhuwah

Konvensyen anjuran Jawatankuasa Seberang Laut (JKSL) IKRAM ini bertujuan memperkenalkan IKRAM di samping memupuk disiplin dan pengorbanan, memberi kesedaran tentang kepentingan kesihatan dan membina ukhuwah dalam kalangan peserta dari pelbagai negara.

Merasmikan KONSISTEN 2016 di Kem Nur Lembah Pangsun, Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad, Presiden IKRAM melahirkan harapan kepada para mahasiswa supaya membantu gerak kerja dakwah di Malaysia apabila menamatkan pelajaran di luar negara, memandangkan sejarah IKRAM di negara ini juga bermula dalam kalangan mereka sekitar tahun 1970-an.

    

Ucapan perasmian Presiden IKRAM, ucapan Hj Azman dan perkongsian Dr Alizi

Turut hadir dalam konvensyen yang berslogankan “Disiplin, Ukhuwah, Fitness” ini adalah Tn Hj Azman Ali, Pengerusi JKSL IKRAM di mana dalam ucapannya beliau menekankan bahawa para mahasiswa adalah aset berharga umat untuk menggerakkan dakwah dalam kalangan masyarakat kelak.

Dalam konvensyen ini, para peserta turut disajikan dengan perkongsian mengenai psikologi pendakwah oleh Dr Alizi Alias, amal kemahasiswaan oleh Saudara Mohammad Raswan Othman Mydin dan prinsip dalam menghadapi perselisihan oleh Ustaz Abd Muhaimin Mohammad Sahar.

KONSISTEN 2016 juga diserikan dengan forum “IKRAM: Kini dan Masa Depan” yang menampilkan Naib Presiden IKRAM, Hj Shahrul Aman Mohd Saari dan Setiausaha Agung, Hj Nahar Md Nor sebagai panelis serta Saudara Fikri Ahmad, Ahli Parlimen Belia Malaysia sebagai moderator.

    

Perkongsian Ustaz Abdul Muhaimin, forum dan aktiviti kecergasan

Memperkenalkan IKRAM, Hj Nahar menjelaskan bahawa IKRAM merupakan NGO Islam di mana apa sahaja pendirian rasmi IKRAM, ia membawa pandangan Islam berdasarkan kondisi zaman abad ke-21 dan tempat iaitu di Malaysia.

Shahrul Aman pula mengajak anak muda untuk melibatkan diri dalam sayap atau institusi-institusi IKRAM yang pelbagai seperti dalam aspek keusahawanan, kemanusiaan, pendidikan, tarbiah, khidmat masyarakat, kewanitaan dan lain-lain.

“IKRAM mempunyai banyak saluran yang sangat mengalu-alukan sumbangan masa,tenaga, dan buah fikiran anak-anak muda,” jelasnya kepada kira-kira 100 orang peserta.

Pimpinan IKRAM bersama para mahasiswa KONSISTEN 2016

Selain itu, peserta konvensyen yang bertemakan mukhayyam ini turut dilatih dengan disiplin dan ilmu tentang kecergasan seperti cara senaman yang betul dan tip makan yang sihat oleh Coach Faizul dan para peserta juga mempamerkan bakat kesenian pada malam persembahan mengikut kumpulan.

Sementara itu pada tarikh yang sama, KONSISTEN 2016 bagi mahasiswi turut diadakan di Lembah Azwen Resort di sini yang disertai 160 orang peserta di mana konvensyen ini telah dirasmikan oleh Ketua Wanita IKRAM, Datin Paduka Hjh Che Asmah Ibrahim.

Bermula dengan ice-breaking dan pembahagian kumpulan, para peserta melalui slot Nadwah yang membincangkan tentang prinsip-prinsip umum Islam dalam Usul 20. Para peserta turut dikongsikan dengan pengenalan tentang halatuju IKRAM dan peranan wanita muda dalam menerajuinya oleh Pengerusi Jawatankuasa Wanita Muda, Dr Diana Katiman di samping perkongsian mengenai amal kemahasiswaan untuk dilaksanakan di tempat belajar masing-masing.

Pimpinan Wanita IKRAM bersama para mahasiswi KONSISTEN 2016

Konvensyen turut disajikan dengan perkongsian mengenai keakhawatan dalam membentuk sifat-sifat seorang pendakwah bersama tokoh-tokoh Wanita IKRAM dan turut diserikan dengan ‘Malam Apresiasi Akhawat’ dengan persembahan kesenian para peserta.

Sesi penutup bersama Jawatankuasa Wanita IKRAM Pusat pula mengakhiri KONSISTEN 2016 untuk mahasiswi. Hadir dalam penutup Datin Paduka Hjh Che Asmah, Prof Madya Dr Sabariah Baharun (Setiausaha Wanita), Puan Syarifah Mahiza Syed Abd Kadir (Bendahari Wanita) dan Dr Diana.

Semoga konvensyen ini dapat memupuk disiplin, pengorbanan dan membina ukhuwwah dalam kalangan mahasiswa seterusnya menjadi bekalan dan semangat untuk mereka menggembleng tenaga bagi menggerakkan dakwah dalam kalangan masyarakat, insya-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia