Konflik, Pertempuran di Sudan: Apa Yang Berlaku?

Konflik, Pertempuran di Sudan: Apa Yang Berlaku? | IKRAM

Pertempuran pada Sabtu lepas antara pihak tentera dan Pasukan Sokongan Pantas (RSF) yang merupakan pasukan separa tentera telah mengorbankan sekurang-kurangnya 270 orang dan mencederakan lebih 2,600 orang awam yang lain.

 Termasuk yang terbunuh dalam serangan ini adalah tiga pekerja Program Makanan Sedunia (WFP) sehingga operasi pemberian bantuan makanan terpaksa dihentikan sementara di negara yang sedang mengalami krisis makanan.

 Pertempuran semakin buruk di antara kedua-dua belah pihak sehingga menyulitkan operasi menyelamat. 

Premis kemanusiaan dirompak, kemudahan awam diserang, beberapa hospital ditutup ekoran keadaan tidak aman selain hospital yang masih beroperasi mengalami kekurangan kakitangan perubatan dan bekalan.

 Pelbagai pertubuhan kemanusiaan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Program Makanan Sedunia (WFP) dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa (IFRC) telah menyuarakan kebimbangan situasi di Sudan sehingga hampir memustahilkan operasi pemberian saluran bantuan.

Kakitangan kemanusiaan turut diarahkan untuk tinggal di rumah masing-masing untuk tidak berhadapan dengan risiko rumah diambil alih oleh pihak lain.

 Situasi keganasan ini telah membangkitkan bantahan antarabangsa dan kebimbangan negara serantau sehingga negara berjiran seperti Mesir dan Chad telah menutup sempadan negara mereka.

Keadaan di negara itu semakin merisaukan dengan tiada tanda-tanda perdamaian pada waktu terdekat berikutan suasana yang semakin tegang.  Kedua-dua belah pihak saling mengeluarkan kenyataan berbaur cabar-mencabar terhadap satu sama lain.

Situasi Semasa di Sudan

Pertempuran telah menjejaskan bekalan asasi seperti makanan, elektrik dan air. Orang ramai berada dalam keadaan ketakutan dan terperangkap dalam rumah masing-masing.

Penduduk ibu kota, Khartoum terpaksa menghabiskan hari berbaki Ramadan dengan mengurung diri di rumah dalam keadaan bimbang terhadap nasib yang bakal menimpa. 

Keadaan di luar tidak selamat dengan tembakan meriam daripada kereta perisai dan trak pikap bersenjata yang berlegar-legar sepanjang jalan di kawasan perumahan yang berkepadatan tinggi.

Bangunan bergegar dengan letupan dan tembakan kuat serta asap hitam berkepul-kepul di langit. Serangan berlaku di udara dan darat oleh penggunaan senjata berat dari kedua-dua belah pihak.

Al Jazeera melaporkan, pihak tentera telah menyatakan persetujuan dengan cadangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melakukan gencatan senjata sementara selama tiga jam pada setiap 4 petang waktu tempatan setiap hari bagi membuka laluan kerja-kerja kemanusiaan termasuk pemindahan mangsa yang cedera dan menyelamatkan mangsa yang terperangkap.

Namun, pihak tentera mengatakan akan bertindak balas sekiranya pihak militia yang memberontak melakukan pelanggaran.

Bagaimanapun, sepanjang tempoh jeda ini, ledakan tembakan masih kedengaran di tengah Khartoum berhampiran lapangan terbang dan asap hitam pekat kelihatan berkepul-kepul dari kawasan sekitar.

Kemudian pada 6 petang Selasa lepas, kedua-dua kumpulan bersetuju untuk melaksanakan genjatan senjata 24 jam tanpa lanjutan.

Pengumuman ini dibuat melalui saluran TV Al Arabiya oleh ahli Majlis Tentera Sudan, Jeneral Shams El Din Kabbashi untuk operasi menyelamat dan memindahkan orang awam yang tercedera. Beribu-ribu orang awam mengambil kesempatan masa ini untuk melarikan diri.

Menurut  Al Jazeera, The regional Intergovermental Authority on Development (IGAD) telah mengadakan mesyuarat tergempar mengenai situasi di Sudan. 

Susulan daripada perbincangan tersebut, mereka merancang untuk menghantar presiden Kenya, Sudan Selatan dan Djibouti ke Khartoum dalam kadar segera bagi mendamaikan kumpulan-kumpulan yang berkonflik.

Punca Meletus Pertempuran

Pertempuran ini adalah kemuncak pertikaian berikutan ketegangan  selama berminggu-minggu  berhubung isu cadangan penyerapan anggota RSF ke dalam tentera sebagai sebahagian daripada proses peralihan kuasa ke arah pemerintahan awam. 

Pihak tentera mendakwa proses integrasi yang dilakukan RSF dilakukan tanpa penyelarasan yang betul dan menyalahi undang-undang.

Keganasan yang meletus ini adalah yang pertama seumpamanya sejak kedua-dua kumpulan ini bergabung tenaga untuk menyingkirkan Presiden Sudan Omar al-Bashir pada tahun 2019.

Sudan telah dikendalikan oleh tentera sejak rampasan kuasa menggulingkan presiden yang telah berkuasa selama 30 tahun lamanya iaitu, Omar Al-Bashir.

RSF telah diwujudkan oleh Omar Al-Bashhir pada tahun 2013 ketika masih menjadi presiden. Beliau digulingkan selepas protes pihak pro-demokrasi yang berlangsung berbulan-bulan lamanya.

Kerajaan peralihan yang didominasi oleh orang awam telah digulingkan oleh pihak tentera pada 2021 dengan kerjasama RSF.

Sejak beberapa bulan yang lalu keadaan menjadi lebih buruk apabila hubungan antara komander tentera Sudan, Jeneral Abdel Fattah al-Burhan yang juga adalah pemimpin de facto Sudan dan ketua RSF, Jeneral Mohamed Hamdan Dagalo (Hemedti) merosot apabila kedua-dua pihak saling bersaing untuk mendapatkan legitimasi dan kawalan negara. Hubungan kawan telah menjadi lawan.

Para pemimpin di peringkat antarabnangsa mengutuk sekeras-kerasnya serangan keganasan ini. Amerika Syarikat, China, Rusia, Qatar, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan Eropah dan Kesatuan Afrika termasuk Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bagi menamatkan persengketaan ini.

Sehubungan dengan pergolakan ini, kerajaan Malaysia sedang mendapatkan maklumat terkini situasi semasa di Sudan bagi memastikan setiap rakyat Malaysia yang berada di Sudah terjamin selamat dan dapat dibawa pulang ke Malaysia.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengatakan bahawa seramai 32 rakyat Malaysia telah dikenal pasti berada di Sudan ketika ini dalam keadaan selamat. 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia