Kompleks IKRAM dijangka mula operasi Julai ini

“Sekarang pembinaan sudah masuk minggu keempat serta sudah mencapai lima peratus berdasarkan pelan kerja yang kita telah jadualkan. Kompleks ini dijangka siap pada penghujung bulan Jun dan kakitangan boleh mula masuk pada awal bulan Julai tapi tanpa kemudahan lif.

“Kita akan membuat pengubahsuaian bangunan terlebih dahulu, kemudian pada bulan September baru kemudahan lif akan dipasang di kompleks ini kerana lif perlu ditempah terlebih dahulu dan agak memakan masa,” ujarnya ketika mengadakan lawatan bersama beberapa kakitangan IKRAM dari Jabatan Pentadbiran serta Jabatan Penerangan dan Media ke kompleks tersebut, di sini.

Mohd Alwi (kiri) berkata, kelulusan permit yang sudah diterima daripada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan memudahkan serta mempercepat proses pengubahsuaian yang akan dijalankan pihaknya.

Tambah beliau, walaupun terdapat beberapa permasalahan di tapak projek, namun pihaknya telah mendapatkan nasihat daripada jurutera profesional berpengalaman sepanjang proses pengubahsuaian kompleks tersebut bagi memberikan hasil akhir yang terbaik.

Idea Artworks merupakan syarikat kontraktor yang dilantik serta diberi kepercayaan oleh IKRAM bagi menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian kompleks tersebut.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Agung IKRAM, Hj Mohamad Yaakub Idris menyatakan pembinaan Kompleks IKRAM tersebut akan menjadikan segala operasi IKRAM berjalan lebih efektif kerana hubungan komunikasi antara kakitangan dapat dipusatkan selain kemudahan fasiliti yang lebih baik akan membuatkan kakitangan dan ahli-ahlinya berasa lebih selesa.

“Antara fasiliti yang kita sediakan di Kompleks IKRAM yang baru ini ialah dewan yang berkapasiti agak besar yang boleh memuatkan jumlah orang yang ramai dalam satu masa.

“Jika sebelum ini, kita banyak menyewa untuk mengadakan Dewan Perwakilan Nasional (DPN) tetapi dengan adanya fasiliti dewan yang besar dan selesa di Kompleks IKRAM ini, kita dapat berjimat dari sudut kos kerana DPN akan dijalankan di sini, insya-Allah,” katanya.




3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia