Komiti Bertindak #SolidaritiAleppo dibentuk, capai 9 resolusi

Pembentukan komiti dalam Persidangan Meja Bulat: Solidariti Aleppo itu sebagai simbolik kesatuan hati dan jiwa kemanusiaan dalam menyantuni rakyat Syria yang dizalimi.

Resolusi tindakan yang dirumuskan dalam persidangan di Menara Kementerian Belia dan Sukan di sini sebagai desakan kepada kerajaan Malaysia untuk memainkan peranan lebih besar dalam usaha menamatkan kekejaman dalam konflik di Syria yang telah mengorbankan lebih 400,000 ribu nyawa sejak Mei 2011.

Sembilan resolusi yang dirumuskan adalah seperti berikut:

1. Mendesak kepimpinan dunia Islam khususnya kerajaan Malaysia untuk memutuskan terus apa jua hubungan diplomatik dengan rejim Bashar Al-Assad yang memerintah Syria secara kejam.

2. Saranan ini adalah sebagai menyahut resolusi yang dikeluarkan oleh Kesatuan Ulama Sedunia yang dipimpin oleh Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi di Konya, Turki pada 5 Ogos 2016 untuk memulau kerajaan Syria dan berdiri menyokong rakyat Syria yang mahukan kebebasan, pembebasan dan keamanan.

3. Menggesa agar hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Rusia dan Iran dikaji semula, memandangkan kedua-dua negara ini merupakan sekutu kuat yang menyokong serta membantu rejim Assad dalam kempen pembunuhan rakyat Syria sejak bermulanya konflik.

4. Menyeru agar duta Rusia serta Iran dipanggil untuk menghadap YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia bagi menerangkan pendirian mereka serta isu yang berlaku.

5. Menyeru agar kepimpinan Malaysia khususnya mengecam secara terbuka kezaliman rejim Assad dan sekutunya sebagai tanda bantahan terhadap pembunuhan beramai-ramai yang berlaku ke atas penduduk Aleppo khususnya dan rakyat Syria secara umumnya.

6. Meminta agar Malaysia membawa bukti-bukti kezaliman rejim Bashar Assad terhadap rakyatnya termasuk jenayah perang yang telah dilakukan oleh mereka ke muka pengadilan.

Sepanjang konflik berlaku terlalu banyak pelanggaran Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa dan juga Hak Asasi Manusia yang telah dilanggar oleh Syria dan sekutu-sekutunya; penggunaan senjata kimia, keganasan seksual seperti rogol, penahanan penjara tanpa bicara termasuk penyeksaan di dalam penjara yang tidak mampu untuk digambarkan, kepungan sehingga mengakibatkan kebuluran termasuk penggunaan periuk api dan juga sekatan akses kepada sukarelawan bantuan kemanusiaan.

7. Meminta Malaysia menggunakan pengaruhnya sebagai ahli Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang berkuat kuasa 1 Ogos 2016 untuk mendesak pertubuhan itu dan ASEAN supaya mengambil langkah sewajarnya, sejajar dengan peruntukan termaktub dalam Piagam PBB bagi melindungi dan menghormati hak semua manusia dalam menikmati keamanan dan keselamatan.

Hal ini penting, bagi menghentikan pencabulan hak asasi manusia dengan sewenang-wenangnya dan penghinaan yang tidak boleh diterima terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa oleh rejim Bashar al-Assad.

8. Menyeru agar kerajaan Malaysia dapat menyokong inisiatif-inisiatif yang dibuat oleh Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO-NGO) Malaysia, dalam membina jaringan kerjasama strategik dengan NGO Antarabangsa khususnya bantuan kemanusiaan yang telah dan akan diusahakan bersama dengan NGO-NGO di Turki, Jordan dan Lubnan untuk membantu rakyat serta pelarian Syria yang terkesan.

9. Menyeru agar kerajaan Malaysia memainkan peranan yang lebih besar untuk menyelesaikan konflik kemanusiaan terburuk pada abad ini. Sesungguhnya, kekejaman dan konflik di Syria yang memasuki tahun keenam ini, harus dihentikan bagi mengelak lebih ramai mereka yang tidak berdosa terkorban dan merana, dengan krisis kemanusiaan yang amat dahsyat.

Turut hadir dalam persidangan itu Pengerusi Gabungan NGO kemanusiaan Syria, Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor yang juga Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dan Dr. Mohd Tahir Abdul Rahman, Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE.

Menurut Dr Hafidzi, apa yang ditekankan adalah soal kezaliman dan pelanggaran hak asasi manusia oleh rejim Al-Assad.

“Kita faham ada kekangan dan kepentingan, tetapi rasanya ia perlu dilihat dalam perspektif masa depan dan juga hak rakyat Syria sendiri yang sekarang ini sedang berdepan bukan sahaja dengan isu-isu melibatkan ekonomi tetapi melibatkan nyawa,” kata beliau.

Resolusi itu dijangka akan diserahkan dalam pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Januari tahun depan untuk pertimbangan dan tindakan selanjutnya oleh kerajaan Malaysia.

Selain MyCARE, persidangan yang dikendalikan Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha itu disertai sembilan NGO gabungan, antaranya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Syria Care, Yayasan Kubro, Yayasan Sannabil Alkhair, Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) dan Syria di Hatiku.

Sementara itu, sejumlah RM500,000 bantuan awal disalurkan oleh MyCARE untuk membantu mangsa konflik Aleppo yang ditempatkan di kem pelarian Antakya, Turki. 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hj Kamarul Zaman Shaharul Anwar yang turut berada di sana berkata, bantuan awal itu akan diserahkan kepada wakil NGO di Turki, Ataa’ Relief Development dan Woman Syria Association.

Pada minggu lalu, MyCARE telah melancarkan Tabung Kecemasan Aleppo dengan sasaran sumbangan berjumlah RM2 juta bagi membantu mangsa yang terjejas akibat konflik berpanjangan di Syria itu.

Sumbangan boleh disalurkankan melalui akaun Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) menerusi akaun-akaun berikut:

Maybank Islamic: 5642-5856-0698
CIMB Islamic: 8602-13-5592
Bank Islam: 1209-2010-0349-04

Sila e-mel bukti pembayaran kepada account@mycare.org.my

Sumber: Astro Awani & Utusan Online
Foto: FB ABIM

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia