Komited jayakan visi Negara Rahmah

“Alhamdulillah, kakitangan IKRAM memberikan komitmen penuh berbengkel dan berbincang secara berkumpulan bagi menghasilkan visi, misi dan nilai-nilai teras Ibu Pejabat IKRAM,” kata Sektretariat Bengkel, Cik Izzan Nasuha Amran.

Tambahnya, hasil perbincangan akan diserahkan kepada Komiti Penyelaras dan Bahasa Bengkel yang diwujudkan pada akhir bengkel untuk dimurnikan, seterusnya dibawa kepada Jawatankuasa Pusat (JKP) IKRAM bagi pertimbangan dan penambahbaikan supaya dapat dilaksanakan oleh semua kakitangan.

“Objektif bengkel ini adalah supaya kakitangan dapat membina Visi, Misi dan Nilai-nilai Teras Ibu Pejabat IKRAM, memahaminya dengan jelas, menerapkan dalam diri setiap kakitangan dan akhirnya menjalankan tugas dengan baik untuk menjayakannya berdasarkan visi IKRAM, Malaysia Menjadi Negara Rahmah,” jelas beliau.

  

Menurut Izzan, bengkel siri pertama telah diadakan pada Isnin, 18 September 2017 di Hotel Impian Morib yang membincangkan visi dan misi, sementara siri kedua telah diadakan pada Selasa, 3 Oktober lalu di Dewan Utama Kompleks IKRAM di sini bagi menghasilkan nilai-nilai teras.

Dalam bengkel yang dikendalikan sepenuhnya oleh pakar runding, Hj. Zaharuddin Othman yang juga Yang Dipertua Dewan Perwakilan Nasional (DPN) IKRAM, ia mendapat input yang sangat baik daripada para peserta yang sentiasa bersemangat, memberikan bekerjasama, berbincang dan bersikap terbuka dalam memberikan pendapat.

Antara yang dihasilkan dalam bengkel ini ialah visi untuk menjadi ibu pejabat yang rahmah, mesra dan profesional dengan misi mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni, membangunkan kakitangan berakhlak mulia dan membudayakan sistem tadbir urus yang baik di samping efisien, penyayang dan integriti menjadi nilai-nilai teras.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia