Pertambahan 7 kluster baharu

SERI KEMBANGAN – Kes harian Covid-19 di Malaysia merekodkan penurunan sebanyak 3,010 kes dilaporkan pada Ahad berbanding 3,074 pada Sabtu.

 

“Jumlah itu menjadikan kumulatif kes sebanyak 2,808,347 kes,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

 

Menurut beliau, daripada jumlah baharu yang dilaporkan, sebanyak 263 merupakan kes import membabitkan 204 rakyat tempatan dan 59 warga asing.

 

“Daripada jumlah kes aktif itu, sebanyak 28 kes adalah kategori tiga hingga lima. Selebihnya, 2,982 kes lagi merupakan kategori satu dan dua,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

 

Menurutnya, sebanyak 182 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 83 kes memerlukan bantuan pernafasan.

 

“Terdapat pertambahan tujuh kluster baharu menjadikannya 6,212 kluster secara keseluruhan,” katanya.

 

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut merekodkan 2,584 kes sembuh dengan jumlah keseluruhannya, 2,735,355 kes.

 

“Kadar kebolehjangkitan (Rt) negara turun kepada nilai 0.99 berbanding 1.0 pada Sabtu.”

 

Bagaimanapun terdapat lima negeri dan wilayah melepasi nilai Rt 1.0 membabitkan Kuala Lumpur (1.08), Sabah (1.04), Negeri Sembilan (1.02), Selangor (1.01) dan Melaka (1.00).

 

“Negeri-negeri lain mencatatkan nilai RT di bawah 1.0,” katanya.

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia