Kluster baharu COVID-19, Novgorod dikenal pasti

“Kluster itu dikenal pasti apabila terdapat kes ketiga yang dikesan positif COVID-19 hasil saringan kontak rapat kepada kes kedua, yang mana kes pertama kluster ini merupakan seorang rakyat tempatan.”

 

Tambahnya lagi, rakyat tempatan yang pulang dari Rusia pada 5 Julai itu didapati positif dalam saringan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh.

 

“Kes kedua (kes ke- 8,718) kluster ini merupakan rakan kepada kes pertama yang menaiki pesawat yang sama.

 

Beliau berkata, saringan di KLIA mendapati pesakit ini negatif namun mula menunjukkan gejala demam dan berkaitan saluran pernafasan dua hari kemudian.

 

“Dia kemudian disahkan positif COVID-19 selepas ujian saringan kedua dilakukan,” kata Noor Hisham.

 

Dalam pada itu, kes ketiga kluster tersebut merupakan bapa kepada kes kedua yang turut menunjukkan gejala jangkitan.

 

Beliau berkata, semasa ketibaannya, pesakit kes kedua dijemput oleh empat ahli keluarganya yang mana sehingga hari ini 14 kontak rapat dikenal pasti dan kesemua mereka telah disaring dan disahkan negatif COVID-19.

 

Pada Isnin 13 Julai, terdapat 7 kes baharu dikesan, 6 daripadanya adalah kes import, dan 1 kes tempatan, 1 kluster baharu dikesan di Melaka, iaitu Kluster PUI Novgorod, 4 kes ditempatkan di ICU dan 3 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

 

Sehubungan dengan itu, KKM mengingatkan semua individu yang diletak di bawah pengawasan dan pemantauan di rumah (home surveillance) supaya sentiasa mengamalkan langkah–langkah yang ditetapkan dalam Garis Panduan Pengurusan COVID-19 di Malaysia.

 

Antara syarat yang ditetapkan adalah seperti berikut:

 

1. Sentiasa berada di rumah sepanjang dalam tempoh pengawasan.

 

2. Hadkan pelawat atau tetamu yang datang ke rumah.

 

3. Rekodkan pelawat yang menziarahi anda dan kemukakan kepada pihak kesihatan sekiranya diminta.

 

4. Pastikan jarak anda dengan mereka yang sihat (iaitu termasuk ahli keluarga) sekurang-kurangnya 1 meter.

 

5. Sekiranya anda bergejala, sentiasa pakai alat pelitup separuh muka (penutup hidung dan mulut – facemask).

 

6. Jika tidak memakai facemask, tutup mulut dan hidung anda menggunakan tisu apabila batuk atau bersin.

 

7. Sentiasa amalkan adab batuk yang baik.

 

8. Sekiranya perlu keluar rumah (misalnya untuk ke klinik), pakai facemask dan elakkan daripada ke tempat-tempat yang sesak.

 

9. Elakkan penggunaan kenderaan awam, sekiranya perlu gunakan memakai facemask.

 

10. Elakkan perkongsian peralatan makanan dan penjagaan diri seperti berus gigi dengan individu serumah yang lain.

 

11. Cuci peralatan makanan yang digunakan dengan air dan sabun sebelum digunakan semula.

 

12. Pastikan pengudaraan rumah dalam keadaan baik dengan membuka tingkap.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia