Covid-19: 228 kluster masih aktif

SERI KEMBANGAN – Kes positif Covid-19 terus menunjukkan penurunan pada Ahad dengan 4,239 kes baharu berbanding 5,097 kes pada Sabtu.

 

“Daripada jumlah itu, hanya 73 kes adalah kategori tiga hingga lima dan selebihnya, 4,166 kes lagi merupakan kategori satu dan dua,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

 

Beliau berkata, jumlah terkumpul kes positif Covid-19 di seluruh negara sejak wabak itu melanda Malaysia pada Januari tahun lalu adalah 2,623,816 kes.

 

“Sebanyak 511 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 261 pesakit memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut merekodkan 5,007 kes sembuh dengan jumlah keseluruhan 2,527,052 kes.

 

“Terdapat pertambahan tiga kluster baharu menjadikannya, 5,931 kluster,” katanya.

 

Dr Noor Hisham memberitahu, sebanyak 5,703 kluster telah diisytiharkan tamat manakala 228 masih aktif.

 

Berikutan itu, jumlah kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia ketika ini melebihi 261.4 juta, dan lebih 400,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

 

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan melebihi 48.1 juta kes, diikuti India dengan lebih 34.5 juta kes dan Brazil dengan lebih 22 juta kes.

 

United Kingdom pula mencatatkan lebih 10 juta kes dan Rusia kini catat lebih 9 juta kes, manakala Turki memasuki kumpulan negara yang mencatatkan lebih 8 juta kes.

 

Perancis pula mencatatkan lebih 7 juta kes, sementara Argentina, Sepanyol dan Colombia melebihi 5 juta kes.

 

Di Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan melebihi 4.2 juta kes, seterusnya diikuti negara Filipina dengan lebih 2.8 juta, Malaysia lebih 2.6 juta kes dan Thailand dengan 2 juta kes, manakala Singapura merekodkan lebih 261,000 kes.

 

Melalui jumlah itu, ia menjadikan angka kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini melebihi 5.198 juta dan Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 776,000 kes.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia