Persenda OKU: Cadangan hukuman khidmat masyarakat diteliti

SERI KEMBANGAN – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan meneliti cadangan hukuman 100 hingga 150 hari program khidmat masyarakat dikenakan kepada mereka yang mempersenda golongan orang kurang upaya (OKU).

 

“KPWKM berpandangan cadangan itu sesuai dilaksanakan kerana program khidmat masyarakat menggariskan tiga elemen utama iaitu hukuman, pemulihan dan penginsafan,” kata Timbalan Menterinya, Siti Zailah Mohd Yusoff ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu pada persidangan Dewan Negara.

 

Kementeriannya akan meneliti lebih lanjut cadangan tersebut dalam proses semakan Akta OKU 2008.

 

“KPWKM memandang serius insiden mendiskriminasi golongan OKU terutama melalui penularan dalam media sosial.”

 

Namun menurutnya, pewujudan remedi dan penalti yang munasabah bagi menangani isu tersebut memerlukan penelitian lanjut daripada aspek perundangan.

 

“Bagi menangani perlakuan jenayah berkenaan, undang-undang yang terpakai di Malaysia kini adalah di bawah Seksyen 233 (1)(a)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955,” jelasnya.

 

Mengulas lanjut cadangan penubuhan Suruhanjaya OKU pula, Siti Zailah berkata, buat masa ini sebarang bentuk aduan, rayuan dan petisyen berkaitan pelanggaran hak OKU boleh disalurkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan sistem perundangan lain yang sedia ada.

 

“KPWKM sedang menganalisis pencapaian program dan tindakan yang ditetapkan dalam pelan berkenaan berdasarkan maklum balas yang diterima daripada agensi peneraju bagi setiap program serta tindakan di bawah PTOKU,” ujarnya menyentuh perkembangan status Pelan Tindakan OKU (PTOKU) 2016-2022.

 

Justeru, dapatan analasis tersebut akan digunakan sebagai input untuk pembangunan pelan tindakan OKU yang baharu selain daripada libat urus membabitkan komuniti OKU, badan bukan kerajaan (NGO) dan kementerian serta agensi yang akan diadakan.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia