Khairul Fadhli ganti Abdullah Omar terajui KARISMA

pkn10a

Khairul (gambar kanan) dilantik ke jawatan tertinggi tersebut dalam Perhimpunan KARISMA Nasional 2010 (PKN ‘10) di Dewan Serbaguna Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (KLIUC) dekat sini yang bermula dari 8.30 pagi hingga 6.30 petang semalam. Beliau merupakan ‘orang lama’ KARISMA dan pernah diamanahkan sebagai Setiausaha Agung KARISMA sebelum dipilih sebagai Timbalan Presiden pada 2010.

Kira-kira 400 hadirin yang terdiri daripada perwakilan KARISMA seluruh negara, pemerhati, tetamu khas dan wakil media memenuhi dewan persidangan. Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Haji Zaid Kamaruddin diundang khas bagi merasmikan perhimpunan berkenaan.

Turut dijemput adalah Pengerusi Jawatankuasa JIM-IPT, Dr Haji Ahmad Zainuddin Abdullah; Pengerusi Jawatankuasa Pemuda IKRAM, Haji Fadzil Saleh; Presiden Persatuan Saintis Muslim Malaysia (PERINTIS), Prof Dr Zainuddin Abdul Manan serta wakil-wakil dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Haluan Siswa Malaysia, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Pemuda Sosialis.

Bertemakan “Menggarap Perubahan Memperkukuh Kesatuan”, perhimpunan kali ini didahului dengan ucapan perasmian dan ucapan dasar presiden pada sebelah pagi, slot bersama KARISMA Selangor dan PERINTIS serta pembentangan laporan tahunan dan kewangan. Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi perbahasan yang berlarutan hingga ke petang, pembubaran jawatankuasa KARISMA Nasional sesi 2010 dan pengumuman jawatankuasa KARISMA sesi 2011.

pkn10a

pkn10a

Barisan ahli jawatankuasa KARISMA 2011

Khairul dalam ucapan penangguhan Presiden KARISMA menyeru semua ahli supaya befikiran positif, optimis dan berlapang dada dalam menjayakan transisi KARISMA kepada pertubuhan mahasiswa baru di bawah IKRAM. Beliau turut berpesan supaya memastikan gerakan tarbiah dan dakwah (aktivisme) berjalan seiringan dan seimbang.

“KARISMA juga perlu lebih dinamik dalam memperkemas dan menguasai relung-relung dakwah yang belum berjaya ditembusi seperti media, penulisan dan kebajikan masyarakat kampus. Berilah sokongan kepada kami, barisan jawatankuasa baru ini untuk menggerakkan KARISMA ke arah pencapaian yang lebih cemerlang,” kata beliau.

Selain Khairul, barisan kepemimpinan KARISMA 2011 terdiri daripada Nur Idayu Abd Rahman (Ketua Siswi), Izzudin Khairulannuar, Mohammad Hafizuddin Abdul Mukti, Mohd Iqbal Hakim Mohd Adnan, Alamin Mohamed Sultan, Mohd Hazli Noor, Samihah Mohd Nor, Fadhilah Mat Nor, Izahana Haron, Asiyah Hasanah Aizuddin dan Maryam Muhammad.

PKN ‘10 terpaksa diadakan pada awal Januari 2011 bagi menyelaraskan beberapa agenda transisi supaya rumusannya dapat dipersembahkan dalam ucapan dasar presiden. Perhimpunan kali ini dihoskan oleh KARISMA Hulu Langat dengan jayanya di bawah kendalian Nik Mohd Azim Nik Ab Malik selaku pengarah program.

pkn10a

pkn10a

pkn10a

Pendaftaran bermula seawal jam 8.30 pagi
Peserta tekun mendengar ucapan. Presiden JIM merasmikan PKN ’10

pkn10a

pkn10a

pkn10a

Presiden KARISMA sesi 2010 bersama para tetamu.
Tanggungjawab fitrah tidak menghalang si ibu untuk menghadiri PKN ’10.  Pengerusi JK  Pemuda IKRAM, Haji Fadzil Saleh meneliti ucapan dasar.

pkn10a

pkn10a

pkn10a

Peserta bersemangat mendengar ucapan perbahasan. Antara tetamu wanita yang hadir. Presiden PERINTIS, Prof Dr Zainuddin Abdul Manan.

 

pkn10a

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia