Keuntungan KIMB meningkat, umum dividen 6%, hibah 3%

Pengerusinya, Dr Ahmad Zainuddin Abdullah, berkata pengumuman dividen ini selaras dengan peningkatan pencapaian koperasi berbanding tahun sebelumnya.

Beliau berkata keuntungan itu dicapai menerusi aktiviti perniagaan seperti Projek Pelaburan Khas, Perkhidmatan Takaful dan Hartanah. Pada tahun kewangan berakhir Disember 2012, KIMB mencatatkan keuntungan bersih sebelum pembahagian dividen sebanyak RM 327,721 berbanding RM 148,127 pada tahun sebelumnya.

Foto: Dr Ahmad Zainuddin, Hj Shaharom dan Puan Noor Azura

MAPT yang diadakan di Maktab Koperasi Malaysia ini dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Hj Shaharom Md Shariff dan turut dihadiri oleh Puan Noor Azura Maslan, Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Wilayah Persekutuan.

Pada MAPT kali ini juga, perwakilan yang hadir telah membuat keputusan untuk mengekalkan sebahagian besar barisan ahli lembaga sesi sebelumnya iaitu Dr Ahmad Zainuddin Abdullah, Hj Abdul Rashid Abu Nawar, Hj Tuan Yaacob Tuan Sof, Hjh Laili Ismail, Hj Zainal Adnan Abd Halim, Hj Mohamad Rosli Mat Ali, Dr Amir Husin Mohd Nor, dan Saudara Jusni Yusoff. Selain itu, seorang perwakilan telah dilantik sebagai ahli lembaga yang baru iaitu saudara Mohd Alwi Ibrahim yang menggantikan tempat Hj Mohd Tarmizi Munir.

Pada majlis ini juga, telah diadakan sesi penyerahan kunci kepada IKRAM Daerah Hulu Langat yang diwakili oleh Yang Di Pertua IKRAM Hulu Langat, Hj Sufyan Mohd Noor dan kepada IKRAM Gombak yang diwakili oleh Timbalan Yang Di Pertuanya, Hj Mohd Tarmizi Munir. Kedua-dua bangunan ini dibeli oleh KIMB menggunakan pembiayaan daripada Tabung Modal Pusingan yang diperuntukkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia kepada koperasi-koperasi di Malaysia.

Selain mencatatkan kenaikan prestasi keuntungan, KIMB juga pada tahun 2012 telah mencatatkan pengeluaran sumbangan terbanyak untuk tujuan kebajikan anggota dan sumbangan kepada program-program anggota melalui Tabung Fisabilillah dan Kebajikan iaitu sebanyak RM 61,430. Kenaikan sumbangan ini selari dengan kenaikan prestasi perniagaan KIMB.

Pada MAPT ini juga, KIMB tidak melupakan kebajikan anak-anak anggota melalui Tabung Pendidikan, iaitu sumbangan untuk anak anggota yang mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Peperiksaan Malaysia dan Tahfiz. Untuk tahun 2012, seramai 31 anak anggota yang mendapat manfaat dari tabung ini dan sebahagiannya disampaikan ketika MAPT.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia