Keunikan Piala Bola Sepak Harmoni bawa mesej perpaduan

“Keunikan pertandingan ini adalah penyertaan setiap pasukan mestilah sekurang-kurangnya datang daripada tiga kaum yang berbeza dalam Malaysia dan setiap kaum dalam satu pasukan tidak boleh melebihi enam orang,” kata Pengerusi pertandingan, Prof Madya Hj Badlishah Sham Baharin.

Piala Bola Sepak Harmoni anjuran Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) ini mempunyai objektif untuk membantu membina kesepakatan dalam anggota masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan interaksi antara kaum menerusi sukan paling popular di Malaysia.

Pengerusi Piala Bolasepak Harmoni, Prof Madya Hj Badlishah Sham Baharin

Menurut Badlishah dalam sidang media pelancarannya di Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) hari ini, pertandingan ini membawa mesej perpaduan berinspirasikan filem ‘Ola Bola’ yang memaparkan penyertaan rakyat Malaysia berbilang kaum dalam sukan tersebut pada era 1980-an sehingga layak ke Olimpik.

Tambahnya lagi, ini merupakan penganjuran julung kali dengan kerjasama Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Tamil Foundation Malaysia, Malaysia Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) dan KLSCAH.

Pertandingan ini akan bermula dengan peringkat negeri melibatkan tujuh negeri dan satu wilayah iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Kuala Lumpur yang akan berlangsung bermula Disember 2016 sehingga Februari 2017.

Pasukan yang terbaik akan mewakili negeri masing-masing dan melangkah ke peringkat kebangsaan pada 18 dan 19 Mac 2017.

Dalam majlis yang sama, Naib Pengerusi GBM, Encik Tan Yew Sing, memberitahu media bahawa aktiviti ini juga disokong oleh Datuk Santokh Singh yang merupakan bekas pemain bolasepak terkemuka dan akan turut bersama dalam pertandingan itu nanti. 

“Pertandingan ini diharapkan untuk terus menjadi simbolik mencerminkan kemakmuran yang dinikmati rakyat Malaysia,” kata beliau.

Timbalan Presiden IKRAM merangkap Pengerusi Gabungan Bertindak Malaysia, Hj Zaid Kamaruddin mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama turut serta dalam pertandingan tersebut dan mengetepikan perbezaan fahaman politik.

Tiada had umur dikenakan dan setiap pasukan perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM120. Johan pertandingan akan menerima RM1,000 manakala tempat kedua, ketiga dan keempat akan membawa pulang wang sebanyak RM700, RM500 dan RM300.

Setiap pasukan atau individu yang berminat boleh menghubungi penganjur di kawasan masing-masing:

Kedah – Wilson Yeap (012-489 6987)
Pulau Pinang – Jamaluddin bin Abdullah (019-474 4220)
Perak – Alex Ooi (012-583 2570)
Selangor – Hafiz Bai (019-751 7051)
Kuala Lumpur – Hafiz Bai (019-751 7051)
Negeri Sembilan – Dr. Khairil Osman (010-225 7762)
Melaka – Muhammad bin Kamarul Baharin (019-526 2040)
Johor – Muhammad Athir bin Sabran (016- 253 7329)

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Gabungan Bertindak Malaysia (GBM).

Turut hadir dalam sidang media Liau Kok Fah (Urusetia Pertandingan), Prematilaka (Setiausaha Kehormat MCCBCHST), Tan Kai Hee (Pengarah Urusan Sahajidah Hai-O Marketing Sdn Bhd – penaja), Stanley Yong Yew Wei (Naib Presiden KLSCAH), wakil pasukan bolasepak dan Mohd Hafiz Abd Hamid (Setiausaha Pertandingan).

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia