Kesetiausahaan Dalam IKRAM: Akademi IKRAM membuka tirai

Lebih 100 peserta hadir yang terdiri daripada Setiausaha dan Penolong Setiausaha IKRAM Negeri dan Daerah serta Setiausaha dan Penolong Setiausaha Wanita IKRAM Negeri dan Daerah. Latihan dikendalikan oleh Setiausaha Agung IKRAM, Hj Nahar Md Nor dan Penolong Setiausaha Agung, Hj Mohamad Yaakub Idris.

Bertemakan ‘IKRAM Menuju Kecemerlangan’, program latihan ini bertujuan supaya semua Setiausaha dan Penolong Setiausaha dapat menggarap dan memantapkan kefahaman mereka terhadap Standard Operating Procedure’ (SOP) Kesetiausahaan IKRAM, dan Sistem Pengurusan IKRAM (SPI) dan di amalkan di peringkat negeri dan daerah.

Hj Nahar, Hj Yaakub dan para peserta

Para peserta dibekalkan dengan bahan-bahan dan dokumen kesetiausahaan antaranya salinan Akta Pertubuhan, Undang-undang IKRAM, Undang-undang Kecil Wanita, Peraturan Persidangan, Peraturan Pemilihan, contoh minit Mesyuarat Perwakilan Negeri (MPN) dan Mesyuarat Agung Daerah (MAD), Carta Aliran mengendalikan MPN dan MAD, Borang 9 dan lain-lain.

Semoga latihan sebegini dapat meningkatkan kecekapan dan ketrampilan Setiausaha dan Penolong Setiausaha bagi mentadbir dan menggerakkan IKRAM di semua peringkat, insyaa-Allah.

Akademi IKRAM di bawah kendalian Pengurusnya, Hj Nordin Shafie akan turut mengadakan program latihan “Leadership in Action” untuk Yang Dipertua Negeri, Yang Dipertua Daerah dan Ketua Wanita Negeri‎ pada 11-12 Oktober ini, diikuti dengan Latihan untuk Bendahari serta Latihan Penyediaan Kenyataan Media.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia