Kesengsaraan kaum Uighur di China perlu pembelaan

Mereka adalah Zakaria Arman, Salehudin Ali, Jaefar Amin, Osman Abbas, Alin Osman, Asen Ziyali, Taher Kasim, Ibrahim Rexiti, Nurudin Muhammad, Abdul Kader, and Yusuf Ahmed. 

Mereka telah ditahan oleh kerajaan Malaysia atas tuduhan memasuki negara ini tanpa permit yang sah. Sebenarnya mereka adalah pelarian yang telah memasuki Malaysia melalui Thailand pada bulan April lepas. Adalah difahamkan hasrat mereka ialah hendak pergi ke Turki. Namun kerajaan China telah meminta kerajaan Malaysia memulangkan mereka kembali ke negara China.

Sebab utama kenapa tahanan Uighur ini tidak mahu pulang ke negara China ialah kerana mereka tahu bahawa mereka akan dipenjarakan dan besar kemungkinan akan diseksa. Berita berkenaan kesengsaraan ribuan rakyat Uighur yang beragama Islam di dalam penjara-penjara di di wilayah Xinjiang di China bukan sesuatu yang rahsia lagi bahkan di ketahui oleh seluruh dunia.

Ada laporan menyatakan terdapat tahanan yang dipaksa meminum arak atau memakan khinzir. Bahkan ada laporan menyatakan terdapat kes di mana wanita Uighur dipaksa berkahwin dengan lelaki China yang bukan beragama Islam.

Motif utama tindakan zalim oleh pihak berkuasa China terhadap rakyat Uighur ialah untuk menghapuskan semangat kebangsaan mereka. Ini kerana rakyat Uighur merasakan mereka sebenarnya bukan keturunan China tetapi adalah berketurunan Turkic. Oleh itu, budaya dan agama mereka berbeza dari budaya rakyat China yang lain.

Apa yang membuat suasana menjadi lebih teruk ialah terdapat segolongan rakyat Uighur yang merasakan bahawa sebenarnya tanah air mereka di Xinjiang telah dijajah oleh negara China dan oleh itu, mereka berhak untuk berjuang untuk memerdekakan tanah air mereka. Ini adalah salah satu sebab kenapa pihak berkuasa China telah bertindak keras dan kejam terhadap rakyat Uighur yang lain.

Sebenarnya tindakan yang keras dan zalim terhadap rakyat Uighur dalam usaha menghapuskan semangat kebangsaan mereka bukanlah penyelesaian kepada masalah. Bahkan ini akan membuat masalah menjadi lebih teruk di masa hadapan.

Sepatutnya kerajaan China belajar dari pengalaman di negara lain yang mengadapi masalah tuntutan dari kumpulan pemisah seperti di Mindanao di Filipina, Chechnya di Russia, dan Pattani di Thailand di mana cara yang terbukti lebih berkesan untuk meredakan keadaan di Xinjiang ialah dengan berdailog dengan puak pemisah dan memberi lebih banyak kebebasan atau autonomi di wilayah tersebut.

Sementara itu, kerajaan Malaysia tidak harus tunduk dan patuh kepada permintaan kerajaan China untuk menghantar balik 11 tahanan Uighur itu setelah mengetahui tindakan kejam dan zalim yang akan dilakukan terhadap mereka nanti.

Sekurang-kurang nya ini akan menghantar satu mesej kepada kerajaan China bahawa Malaysia mengetahui dan peka akan kezaliman yang sedang berlaku terhadap rakyat Uighur di Xinjiang dan tidak akan bersekongkol dengan mereka dalam aspek itu.

Prof Mohd Nazari Ismail
Ketua Biro Penyelidikan IKRAM

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia