Kesalahan trafik berulang: Gantung lesen pemandu

Kesalahan Trafik Berulang Gantung Lesen Pemandu

SERI KEMBANGAN – Kerajaan digesa mempertimbangkan pelaksanaan larangan terhadap mana-mana individu yang didapati melakukan kesalahan trafik secara berulang daripada memandu kenderaan berat bagi tempoh tertentu.

“Larangan tersebut membabitkan kesalahan pemanduan seperti memandu melebihi had laju, melanggar lampu isyarat dan pemanduan melulu sehingga membahayakan pengguna jalan raya,” kata Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata, jika individu tersebut didapati terima banyak saman, contohnya melebihi 10 saman berkaitan pemanduan berbahaya dalam tempoh setahun, tindakan yang dicadangkan adalah menggantung lesen individu berkenaan, misalnya selama dua tahun.

Terdahulu, media melaporkan bahawa pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan tragis selepas Terowong Menora hingga mengorbankan lima penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) pada 12 Mei lalu memiliki 22 saman atas pelbagai kesalahan trafik.

Menurut laporan tersebut, lapan daripada saman tersebut melibatkan kesalahan pandu laju, manakala sembilan rekod kesalahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Berikutan itu, Lam Thye berkata, usaha bagi menangani isu kemalangan membabitkan kenderaan berat dan keselamatan jalan raya di Malaysia secara umumnya memerlukan kerjasama serta peranan daripada semua pihak.

“Ia termasuk syarikat penghantaran yang seharusnya dipertanggungjawabkan oleh undang-undang bagi memastikan pemandu di bawahnya berada dalam keadaan selamat dan layak untuk menjalankan tugas.”

Syarikat tersebut juga perlu memastikan pemandu mereka itu tidak diletakkan di bawah satu keadaan yang boleh mengancam keselamatan mereka dan pengguna jalan raya,” ujarnya.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia