Kes sporadik membimbangkan

SERI KEMBANGAN – Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 4,611 kes positif baharu Covid-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam, dengan Selangor terus menjadi negeri tertinggi dengan 1,346 kes pada Isnin.

 

“Kes sporadik masih berada pada peratusan yang agak tinggi iaitu 69 peratus atau 398,846 kes dan Lembah Klang berada di paras membimbangkan.”

 

Negeri Selangor terus menjadi negeri tertinggi mencatat kes sporadik, iaitu sebanyak 151,725 kes atau 38 peratus, diikuti Kuala Lumpur 44,517 kes (11.2 peratus), dan Sarawak 44,889 kes (10.3 peratus)

 

“Kes-kes sporadik bermaksud kes-kes yang dikesan di dalam komuniti dan tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kluster sedia ada,” jelasnya.

 

Tambahnya lagi, kes-kes sporadik bermaksud kes-kes yang dikesan di dalam komuniti serta tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kluster sedia ada dan dikesan melalui saringan di tempat kerja, saringan dalam komuniti, ataupun dari saringan kes bergejala.

 

“Apa yang lebih membimbangkan adalah kebanyakan kes sporadik tersebut tidak bergejala tetapi masih boleh menjangkiti sesiapa sahaja yang berada di sekeliling mereka yang tidak mengamalkan SOP dengan betul.”

 

Dr Noor Hisham berkata, walaupun PKP 3.0 yang diumumkan pada 12 Mei 2021 (ME ke-19) dilihat telah berjaya mengawal peningkatan kes-kes kluster pada ME ke-24, kes-kes sporadik masih tidak menunjukkan penurunan yang ketara.

 

“Kawasan Lembah Klang dengan kepadatan penduduk yang tinggi, bukan sahaja terdedah kepada bahaya kes sporadik di dalam komuniti, malahan kebanyakan daripada kes-kes Covid-19 tersebut tidak mempunyai gejala iaitu dengan kata lain, sukar bagi kita untuk mengetahui siapa yang mempunyai Covid-19 di kalangan kita.”

 

Beliau menggesa agar semua pihak mengambil maklum perkara ini dan melindungi diri serta keluarga masing-masing daripada bahaya Covid-19, selain terus konsisten dalam mematuhi sepenuhnya SOP dan mengamalkan tindakan kesihatan awam kendiri sebagai salah satu langkah mendepani peningkatan kes-kes sporadik dan kes Covid-19 tidak bergejala khususnya di kawasan sesak dan berisiko tinggi.

 

Berikut adalah lima tumpuan kenyataan media beliau pada 21 Jun, 2021:

 

1. 4,611 kes baharu tercatat, jumlah kumulatif kes lepasi angka 700,000.

 

2. 69 lagi kes kematian tercatat, jumlah kumulatif kematian sebanyak 4,477.

 

3. Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 sebanyak 62,918 kes.

 

4. 880 pesakit sedang dirawat di ICU, 452 perlukan bantuan pernafasan.

 

5. Kes sembuh sebanyak 5,439 kes, peratusan sembuh meningkat kepada 90.4 peratus

 

Menerusi catatan terbaharu di Twitternya berkata, dengan pertambahan kes baharu itu, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di negara ini adalah sebanyak 701,019 kes.

 

Sarawak menjadi negeri kedua tertinggi dengan 682 kes, diikuti Negeri Sembilan 437 kes, dan Perak 453 kes.

 

Negeri-negeri lain yang mencatat sekitar 200 hingga 300 kes adalah – Kuala Lumpur (310), Johor (314), Kelantan (219), dan Melaka (205).

 

Manakala Negeri Kedah mencatat 182 kes, diikuti Sabah (166), Labuan (130), Pulau Pinang (84), Pahang (50), Terengganu (18), Putrajaya (15), manakala Perlis terus mencatat sifar kes baharu Covid-19.

 

Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 1 Jun lalu telah memasuki minggu ke tiga, namun jumlah kes harian COVID-19 dilihat masih berada pada paras tinggi, melebihi 4,000 kes sehari.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia