Kes pulih COVID-19 tertinggi hari ini

“Ada banyak (kluster) telah pulih dan dibenarkan pulang hari ini dan jumlah itu termasuk kumpulan tabligh,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media perkembangan terkini COVID-19.

Bilangan tersebut jelasnya, menjadikan jumlah kumulatif pesakit COVID-19 yang telah pulih adalah 479 kes.

 

“Kes pulih merupakan 18.2 peratus daripada keseluruhan kes positif dan ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,626 kes.”

 

Dalam pada itu, seramai 94 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

 

“Daripada jumlah tersebut, 62 kes memerlukan bantuan pernafasan,” ujar Noor Hisham.

 

Mengulas mengenai perkembangan terkini bayi berusia 12 hari yang dijangkiti COVID-19, beliau berkata, bayi berkenaan dalam pemantauan.

 

Seterusnya, beliau turut mengulas mengenai status kes kematian, iaitu pertambahan sebanyak tiga kes direkodkan boleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan.

 

“Kes kematian ke-35 merupakan kes ke-1,952 yang berumur 57 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis.”

 

Wanita berkenaan menurutnya, mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia dan telah dirawat di Hospital Sungai Buloh serta disahkan meninggal dunia pada jam 4.00 petang semalam.

 

Manakala, kes kematian ke-36 melibatkan kes ke-1,941 yang merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 47 tahun.

 

“Lelaki tersebut telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 23 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada jam 8.10 pagi hari ini,” katanya.

 

Kes kematian ke-37 pula ujarnya, melibatkan wanita berumur 46 tahun mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan penyakit autoimun.

 

“Ia merupakan pesakit ke 2,471 yang telah dirawat di Hospital Miri, Sarawak dan disahkan meninggal dunia jam 9.02 pagi hari ini,” katanya.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia