Kes positif Malaysia menurun

 Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 29.43 juta kes dilaporkan setakat ini, diikuti India dengan 11.43 juta kes dan Brazil, lebih 11.35 juta kes.

 

Manakala, negara yang melebihi angka empat juta kes adalah Rusia, United Kingdom dan Perancis, sementara Itali dan Sepanyol melebihi tiga juta kes.

 

Negara-negara lain termasuk Malaysia merekodkan angka positif di bawah 500,000 kes.

 

Data yang sama menunjukkan angka kematian akibat Covid-19 global kini melepasi 2.65 juta dengan AS kekal merekodkan jumlah tertinggi dengan lebih 534,000 kes, diikuti Brazil dengan lebih 277,000 kes.

 

Sementara itu, negara-negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes adalah termasuk Perancis, Rusia, Jerman, Sepanyol, Iran, Colombia, Argentina dan Afrika Selatan.

 

Negara yang mencatatkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Peru, Poland dan Indonesia. Ukraine, Turki, Belgium, Kanada dan Chile pula mencatatkan angka korban lebih 20,000 kes dan kebanyakan negara lain merekodkan angka kematian di bawah 20,000 kes.

 

Dalam pada itu, Malaysia merekodkan sebanyak 1,354 kes baharu Covid-19 dengan tiga lagi kluster baharu dikesan sehingga 14 Mac 2021.

 

“Perkembangan tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia bertambah kepada 323,763 kes manakala jumlah kumulatif kluster aktif pula ialah 424,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

 

Beliau berkata, Selangor kekal menjadi negeri yang merekodkan pertambahan harian tertinggi iaitu sebanyak 577 kes diikuti Sarawak (178 kes) dan Pulau Pinang (154 kes).

 

“Kes baharu di negeri lain pula ialah Johor dengan 121 kes, Perak (101), Sabah (39), Terengganu, Kuala Lumpur (55), Negeri Sembilan (21), Kedah (33), Melaka (4), Kelantan (26), Pahang (5), Putrajaya (2) dan Labuan (1).”

 

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Noor Hisham memberitahu, negeri Perlis adalah satu-satunya negeri yang tidak mencatatkan sebarang kes baharu pada Ahad.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia