Kes Najib: Hormati Keputusan Mahkamah, Bersama Basmi Rasuah

Kes Najib: Hormati Keputusan Mahkamah, Bersama Basmi Rasuah

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengajak masyarakat untuk menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Dato’ Sri Najib Razak bagi kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Perjalanan kes ini diperhatikan seluruh warga dunia. Keputusan kes ini penting bagi memulihkan kredibiliti sistem kehakiman negara. Kebebasan institusi kehakiman adalah penting untuk mana-mana negara yang bermaruah.

Kes penyelewengan ini merupakan satu tragedi untuk negara yang membawa kesan dan persepsi negatif yang berpanjangan.

IKRAM berharap kes ini menjadi pengajaran kepada para pemimpin politik, sama ada kerajaan atau pembangkang, juga pemimpin agensi atau syarikat kerajaan, serta institusi perbankan, kakitangan awam dan lain-lain, agar menjadikan tanggungjawab kepimpinan ini satu amanah dan tiada pemimpin akan datang yang berani melibatkan diri dalam apa jua bentuk penyelewengan wang dan rasuah.

Di samping itu, pemimpin yang amanah, berintegriti dan adil hendaklah diangkat, agar negara boleh fokus kepada pembangunan dan pelaksanaan model solusi yang berimpak kepada rakyat.

IKRAM mengambil tanggungjawab untuk bersama-sama dalam usaha membina negara selari dengan hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara rahmah dengan kepemimpinan negara yang kompeten dan berintegriti, sistem pemerintahan yang berasaskan semak dan imbang yang berkesan, tadbir urus yang baik dan undang-undang yang adil.

Hj Badlishah Sham Baharin
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia